Masa makin singkat buat Rashford, Man United buru penyerang berkelas dunia sebagai pengganti


  • Podium
  • Selasa, 17 Dis 2024

Osimhen dilaporkan muncul sebagai sasaran utama Manchester United dalam jendela perpindahan pada Januari. — Agensi

MANCHESTER United telah menghidupkan semula minat mereka terhadap penyerang Galatasaray, Victor Osimhen, menjelang jendela perpindahan pada Januari, menurut CaughtOffside.

The Red Devils dilaporkan membuat pendekatan baharu untuk mengetahui lebih lanjut tentang ketersediaan pemain Nigeria itu sebelum pasaran perpindahan dibuka semula.

Apatah lagi dengan keadaan pasukan itu juga kini dalam usaha memperkukuh barisan serangan Ruben Amorim dengan kehadiran pemain baharu.

BACA LAGI: Digugurkan Amorim semasa tewaskan City, respons Rashford depan TV sangat profesional di sebalik rumors bakal dilelong Man United

BACA LAGI: 'Kritik jangan sampai menghina', Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan bintang Selangor beri sokongan buat Haziq Nadzli

Marcus Rashford

Rashford digugurkan daripada skuad perlawanan menentang juara bertahan Liga Perdana Inggeris. — Agensi

Osimhen dilaporkan muncul sebagai sasaran utama Manchester United pada Januari, di tengah-tengah keraguan yang semakin meningkat terhadap masa depan Marcus Rashford di Old Trafford, selain prestasi hambar Joshua Zirkzee di bawah kendalian pengurus Portugal itu.

Pemain bertaraf dunia berusia 25 tahun itu, yang kini dipinjamkan kepada Galatasaray dari Napoli, juga turut menarik minat Chelsea dan Juventus.

Juventus malah sedang mempertimbangkan pemain itu sebagai pengganti kepada Dusan Vlahovic.

Menurut laporan CaughtOffside, persepsi kuat menyatakan bahawa Juventus mungkin menjadi destinasi pilihan Osimhen, walaupun Manchester United dan Chelsea masih dalam persaingan untuk menarik pemain itu ke England.

Manchester United, yang meraih kemenangan 2-1 ke atas seteru mereka Manchester City pada Ahad lalu, telah menambah keraguan terhadap masa depan Rashford di Old Trafford selepas laporan minggu lalu mencadangkan bahawa pemain berusia 27 tahun itu tersedia untuk dijual pada Januari.

Amorim telah membuat keputusan mengejutkan dengan menggugurkan pemain antarabangsa England itu dan Alejandro Garnacho daripada skuad perlawanan menentang juara bertahan Liga Perdana Inggeris.

Amorim menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat kerana 'standard sangat tinggi' yang ditetapkan dalam pasukan, mencerminkan pendekatan tegasnya terhadap prestasi dan disiplin pemain.

Lapor CaughtOffside, Paris Saint-Germain adalah antara kelab yang berpotensi menjadi destinasi Rashford sekiranya dia tersedia pada 2025.

Pemain berusia 27 tahun itu hanya membuat dua penampilan sebagai kesebelasan utama dalam enam perlawanan sejak Amorim mengambil alih, menjaringkan tiga gol, termasuk dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Everton.

Ketua-ketua Manchester United dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi terbaharu Rashford, serta tingkah lakunya di luar padang dan mereka menilai pemain itu pada harga sekitar £40 juta menjelang Januari.

Walaupun masih belum pasti sama ada harga yang agak rendah ini akan menarik minat kelab lain, pasukan itu dijangka masih akan membuat pembelian pada Januari, dengan seorang pemain pertahanan sebelah kiri menjadi tumpuan mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram