Fans Man City rebah di Stadium Etihad sebelum meninggal dunia menjelang aksi Manchester Derby


  • Podium
  • Selasa, 17 Dis 2024

Insiden difahamkan berlaku di salah satu pintu masuk Stadium Etihad sebelum perlawanan berlangsung. — Agensi

KISAH pilu dikongsikan Manchester City selepas laporan mengatakan salah seorang penyokong yang hadir ke Stadium Etihad untuk menyaksikan aksi berdepan Manchester United pada Isnin meninggal dunia.

Perkara itu disahkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan yang memberi salam takziah kepada kenalan dan keluarga mangsa atas berita memilukan tersebut.

"Kelab ini menerima berita bahawa salah seorang penyokong Manchester City menghembuskan nafas terakhir selepas tercetusnya satu tindakan kecemasan pihak perubatan ketika perlawanan," tulisnya.

BACA LAGI: Manchester City kelab terakhir saya — Pep Guardiola

BACA LAGI: [VIDEO] Pep Guardiola berlagak trofi EPL, tak mahu disamakan dengan Jose Mourinho

e3880fdf2a25775fc59dff7b2bd9855aY29udGVudHNlYXJjaGFwaSwxNjg2NTA5MDUw-2.72556180

Penyokong tersebut meninggal dunia ketika mahu memberi sokongan kepada Manchester City. — Agensi

Berdasarkan laporan beberapa agensi media antarabangsa, saksi kejadian menjelaskan bahawa mangsa hadir ke stadium rebah di Pagar K dengan situasi itu mencetuskan situasi panik.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.10 petang, kami sedang dalam perjalanan ke tempat duduk dan kelihatan mangsa sedang menerima bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

"Saya boleh katakan ia baru sahaja berlaku kerana kawasan insiden tidak terlalu dikerumuni orang ramai. Kelihatan juga seorang pihak pengawal stadium sedang membantunya dan kami meminta supaya alat defibrilator dibawa segera," katanya/

Jelas saksi yang enggan didedahkan itu, situasi semakin panik dengan lebih ramai petugas di venue perlawanan hadir dan segera mengelilingi mangsa dalam usaha mereka memastikan orang ramai tidak mengerumuni kawasan berkenaan.

gettyimages-2190089324-f-1920x1080-1d9616b

Aksi Manchester Derby berakhir dengan kekalahan kepada tuan rumah. — Agensi

Mangsa juga segera diberikan rawatan selama kira-kira 20 minit sebelum dibawa ke hospital berhampiran menggunakan ambulans, namun usaha tersebut gagal menyelamatkan penyokong The Citizen itu.

Dalam perlawanan itu, Manchester City mengalami kekalahan kelima dalam kempen EPL 2024/25 setelah dibolosi pada minit-minit akhir kepada Bruno Fernandes dan Amad Diallo.

Skuad kendalian Pep Guardiola sememangnya tidak bernasib baik untuk meraih tiga mata penuh meskipun lebih awal membuka tirai jaringan selepas Josko Gvardiol menanduk masuk hantaran Kevin de Bruyne.

Kekalahan itu menyaksikan Manchester United tergelincir ke kedudukan kelima dalam liga sementara jiran mereka itu kekal di tangga ke-13 setelah beraksi dalam 16 perlawanan setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram