'Kritik jangan sampai menghina', Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan bintang Selangor beri sokongan buat Haziq Nadzli


  • Podium
  • Isnin, 16 Dis 2024

Haziq diberikan kepercayaan oleh Pau Marti Vicente untuk menjaga gawang gol Harimau Malaya bertemu Thailand pada Sabtu lalu. — FAM

PENJAGA gol Perak FC, Muhammad Haziq Nadzli teruk dikecam segelintir peminat bola sepak tanah air dek kesilapannya yang menyebabkan Harimau Malaya tewas di bumi Thailand dengan keputusan 0-1 dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala Asean pada Sabtu (14 Disember).

Ketika kejadian, Haziq gagal mengeluarkan bola selepas tendagannya lemah lalu mudah dirampas oleh bintang sensasi Thailand, Suphanat Mueanta sebelum memberikan kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol buat tuan rumah.

Perlawanan tamat dengan keputusan 0-1 sekali gus Malaysia berada di tempat ketiga Kumpulan A dan berisiko untuk keluar awal daripada kejohanan dwitahunan itu.

BACA LAGI: Bola sepak Kelatan bakal kembali ke Liga Super dengan identiti baharu?

BACA LAGI: [VIDEO] Nilai sama Jese Rodriguez, ex bintang PSG, AC Milan antara 4 'free agent' wajar jadi sasaran JDT, Selangor musim depan

Tamat perlawanan, Haziq dihujani dengan pelbagai komen negatif daripada peminat Harimau Malaya dengan ada darinya mendoakan agar pemain itu lumpuh dan tidak lagi bermain bola sepak.

Bukan sahaja Haziq, malah anak-anaknya turut menjadi mangsa makian peminat tanah air yang kecewa akan kesilapan pemain berusia 26 tahun itu.

Tampil mempertahankan suaminya, pelakon, Eyra Hazali menyifatkan hinaan daripada peminat Harimau Malaya itu terlalu melampau dan keterlaluan.

"Caci makian yang anda lemparkan, kami boleh terima tapi hinaan (sehingga) mendoakan suami saya (Haziq Nadzli) lumpuh, melibatkan anak-anak kami adalah melampau.

"Saya berdoa agar doa-doa itu tidak berbalik kepada anda serta keluarga dan Haziq akan sentiasa mendapat sokongan kami," katanya dalam Instagram.

Bukan sahaja Eyra, rakan-rakan seperjuangan lain turut bersama-sama Haziq dalam memberikan motivasi supaya terus bangkit dan kuat meskipun dihina oleh peminat bola sepak negara.

WhatsApp Image 2024-12-16 at 9.29.27 AM

Akhyar di antara pemain yang memberikan sokongan buat Haziq.

Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Rashid dan Muhammad Mukhairi Ajmal antara pemain yang memuat naik posting daripada @Southerntiger.elite dengan tulisan 'Kritikan Jangan Sampai Menghina' dalam Instagram mereka.

Safawi dan Akhyar pernah beraksi bersama Haziq di pentas antarabangsa mahupun kelab sebelum membawa haluan masing-masing musim ini.

Walaupun skuad negara tumbang, peluang untuk mara ke separuh akhir masih ada dengan harapan Singapura gagal meraih mata penuh dalam dua aksi terakhir bertemu Thailand dan Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram