MARCUS Rashford mendedahkan keberadaannya semasa derbi Manchester selepas Ruben Amorim menggugurkannya daripada skuad.
Rashford tidak turut serta bersama pasukan Manchester United apabila dia dikeluarkan daripada skuad pada hari perlawanan untuk kemenangan dramatik derbi 2-1 menentang seteru utama, Manchester City, pada awal pagi Isnin.
Sebaliknya, bintang Man United itu hanya menyaksikan perlawanan dari rumah, namun tetap menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kelabnya apabila memuat naik gambar kemenangan di depan kaca televisyen menerusi Instagram.
Dikeluarkan daripada skuad oleh Ruben Amorim, Rashford dan Alejandro Garnacho diarahkan untuk menjalani latihan pada Ahad sementara rakan sepasukan lain sedang bersiap sedia.
Menjelaskan keputusan tersebut, pengendali United berkata: "Penting untuk saya jelaskan ini bukan perkara disiplin. Minggu depan, perlawanan seterusnya, kehidupan baru, mereka akan berjuang untuk tempat mereka.
"Tetapi bagi saya, ini penting: prestasi dalam latihan, prestasi dalam perlawanan, cara anda berpakaian, cara anda makan, cara anda berinteraksi dengan rakan sepasukan, cara anda menyokong mereka, semuanya penting dalam konteks kita sekarang. Ketika ini kami mahu mengubah banyak perkara.
"Apabila orang di kelab kita kehilangan pekerjaan, kita perlu meletakkan standard yang sangat tinggi, dan untuk itu mereka perlu berjuang untuk mendapatkan tempat dalam pasukan. Dan hari ini pasukan membuktikan bahawa kita boleh meninggalkan sesiapa sahaja daripada skuad tetapi tetap menang jika kita bermain bersama."
Tidak dapat mempengaruhi Amorim di atas padang, Rashford memilih untuk menyokong United dari luar.
Selepas perlawanan, Rashford memuat naik kapsyen di media sosial:
"Yesssssssss! Love it lads [emoji hati merah]".
Dengan mengambil gambar menggunakan telefonnya di hadapan televisyen (TV), Rashford merakamkan saat-saat kegembiraan selepas jaringan lewat Amad Diallo.
Reaksi segera Rashford terhadap perlawanan, komen Amorim, dan respons rakan sepasukannya di Instagram menunjukkan bahawa keadaan tidak seteruk yang disangka.
Ia pastinya sesuatu yang baik untuk Rashford apabila Amorim membuka ruang untuk kembali bersama skuad utama dengan segera, dan keputusannya untuk menunjukkan kegembiraan dengan kemenangan juga menunjukkan keadaan lebih baik daripada apa yang berlegar di media sosial.
Namun, keputusan United untuk tidak membawanya merentas bandar Manchester bertemu musuh derbi yakni Man City tetap menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram