Sudah 'move on' dari DSAT Group, khabarnya anak jati Kedah, Farid Kamil pula tampil berhasrat jadi penaja


  • Podium
  • Khamis, 28 Nov 2024

Farid yang disaksikan berdiri di sebelah kanan Mohd Daud dalam foto tular berkenaan.

KEDAH Darul Aman (KDA) FC nampaknya sudah beralih daripada DSAT Group apabila dikhabarkan menemui penaja baharu yang sudi membantu membaik pulih kewangan pasukan Utara tanah air tersebut.

Menerusi foto tular di laman Facebook, menyaksikan pemilik majoriti kelab tersebut, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bertemu dengan dua individu yang dikatakan berminat untuk memberi tajaan kepada Kedah.

Lebih menarik, salah satu daripada individu tersebut ialah anak jati Kedah yang juga pelakon popular tanah air, Farid Kamil apabila dilihat berdiri di sebelah kanan Mohd Daud dalam foto tular berkenaan.

BACA LAGI: Dulu Kedah 'gudang' bola sepak, sokongan tak putus tapi kini sudah berbeza — Wan Jamak

BACA LAGI: Gembira Nurillo sambung kontrak, fans TFC mahu kelab sambar import senegara di Kedah perkuat pasukan

"Jutaan terima kasih Tan Sri sudi berjumpa saya dan sahabat saya, Farid Kamil. Perbincangan hal bola sepak Kedah," tulis kapsyen pada gambar tersebut, yang dipercayai dihantar oleh lelaki di sebelah kiri Mohd Daud.

Meskipun tiada kepastian mengenai intipati pertemuan enam mata mereka, namun penyokong Hijau Kuning meneka bahawa ia mengenai masalah kewangan Kedah yang masih tidak menemui titik nokhtah.

Bagaimanapun, masih tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Mohd Daud selaku pemilik Kedah dan Farid berhubung pertemuan mereka itu. Ia masih terus menjadi spekulasi dalam kalangan penyokong Sang Kenari.

Terdahulu, KDA FC memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan untuk menjual pemilikan saham pasukan berpangkalan di Utara tanah air berkenaan kepada Mahsuri Medical Centre (MMC).

ISI DALAM

Azizul (kanan) sebelum ini menawarkan diri untuk membantu Kedah.

Menerusi kenyataan media pada Isnin, pihak pengurusan KDA FC memutuskan untuk menutup pintu rundingan dengan DSAT Group Sdn Bhd yang dimiliki usahawan kelahiran Tawau, Sabah, Datuk Seri Azizul Tandek.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr Zaki Zamani Abd Rashid mengemukakan surat tawaran kepada KDA FC pada 3 November lalu untuk memiliki kepentingan yang ditanggung kelab berkenaan.

Empat hari kemudian pihak KDA FC memberi maklum balas untuk merujuk tawaran itu dengan pihak peguam kelab bagi membincangkan asas serta terma tawaran dengan lebih lanjut dan terperinci.

Meskipun masalah kewangan Kedah masih belum menemui jalan penyelesaian namun penyokong Sang Kenari bersetuju dengan keputusan pihak pengurusan yang kurang yakin terhadap Azizul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram