DESAS-DESUS Irfan Zakaria bakal mengundurkan diri dari Kedah Darul Aman FC (KDA FC), semakin hangat diperkatakan selepas pemerhati sukan tanah air, T. Avineshwaran dalam satu ciapan di laman X (Twitter) pada Ahad mendakwa, pemain itu bakal meninggalkan skuad Sang Kenari.
Apatah lagi pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu sendiri sudah dihimpit dengan isu dalaman yang belum selesai iaitu masalah kewangan sehingga berlaku tunggakan gaji yang menimpa pemain, jurulatih dan kakitangan kelab.
Ibarat digantung tak bertali, pemain itu sendiri pernah memberi gambaran secara terbuka mengenai permasalahan gaji pasukan KDA FC yang masih belum selesai di laman Instagram miliknya.
BACA LAGI : Bek tengah dicanang ikut langkah Nafuzi tinggalkan Kedah, ura-ura kembali ke skuad Sang Badak
BACA LAGI : Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ Bukit Aman ambil alih kes Faisal Halim
Walaupun pemilik pasukan KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar pernah mengeluarkan kenyataan bakal menyelesaikan isu tunggakan tersebut pada November, namun tiada jaminan yang dibuat dan lebih mengecewakan lagi Ketua jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain pula meletakkan jawatan.
Berita duka tersebut seolah-olah memberikan gambaran kemelut tunggakan gaji pemain, jurulatih dan pegawai pasukan tertunggak sejak Ogos lalu tidak akan selesai seperti yang dijanjikan.
Sehubungan itu, tidak mustahil pemain berusia 29 tahun itu akan mengambil langkah berkenaan dan berpindah ke pasukan lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Dengan pengalaman luas serta kebolehan bermain di pelbagai posisi pertahanan, Irfan adalah aset bernilai tinggi yang mampu mengukuhkan mana-mana pasukan.
Berikut adalah tiga kelab yang patut mengambil peluang untuk mendapatkan khidmatnya:
1. Sabah FC
Irfan (Duduk) pernah bermain selama semusim bersama pasukan Sabah FC tersebut yang mana akan memudahkan penyesuaian dengan taktik dan cara permainan yang diterapkan pasukan itu. — Instagram Irfan Zakaria
Sabah FC kini dalam fasa membina pasukan lebih mantap untuk kekal bersaing di pentas Liga Super. Kehadiran Irfan boleh menjadi elemen penting dalam memperkukuh benteng pertahanan mereka.
Pengalamannya berdepan dengan serangan pemain-pemain bertaraf antarabangsa memberikan kelebihan yang tidak ternilai selain memberi tunjuk ajar kepada pemain muda dalam skuad Sang Badak sendiri.
Selain itu, Irfan juga pernah bermain selama semusim bersama pasukan Sabah FC tersebut yang mana akan memudahkan penyesuaian dengan taktik dan cara permainan yang diterapkan pasukan itu.
Pemain pertahanan tengah bertahan itu mempunyai pengalaman luas dalam Liga Malaysia serta di peringkat antarabangsa dan menunjukkan prestasi yang baik di Sabah FC sepanjang tempoh singkat itu.
Kelebihan Irfan membolehkannya mengawal permainan dan mengagihkan bola dengan baik, menjadikannya pilihan yang menarik untuk pasukan yang berpangkalan di Borneo itu.
2. Terengganu FC
Pemain import skuad Sang Penyu, Matthew Steenvoorden meninggalkan pasukan Pantai Timur itu Oktober lalu.
Terengganu FC, pasukan yang terkenal dengan taktikal menyerang, memerlukan seorang pemain pertahanan yang cekap untuk mengimbangi kekuatan mereka selepas pemain import mereka, Matthew Steenvoorden meninggalkan pasukan Pantai Timur itu Oktober lalu.
Situasi tersebut menunjukkan bahawa skuad Sang Penyu perlu bertindak cepat untuk mencari pertahanan tengah yang sesuai bagi memastikan prestasi pasukan tetap kompetitif dalam liga dan kejohanan akan datang.
Sehubungan itu, sekiranya Irfan dibawa masuk, dia bukan sahaja mampu bertahan dengan baik, tetapi juga mempunyai kebolehan memulakan serangan dari bahagian bawah.
Kebolehannya untuk bermain di pelbagai posisi pertahanan memberikan pelbagai pilihan strategik kepada Ketua jurulatih sementara Terengganu FC, Badrul Afzan Razali.
3. Perak FC
Dalam usaha untuk kembali menjadi pencabar serius dalam Liga Malaysia, Perak FC harus mempertimbangkan pemain yang lebih berpengalaman sebagai tonggak utama mereka. — Perak Football Club
Dalam usaha untuk kembali menjadi pencabar serius dalam Liga Malaysia, Perak FC harus mempertimbangkan Irfan sebagai tonggak utama mereka.
Dengan ketinggian 1.83 meter dan kemahiran teknikal yang luar biasa, Irfan mampu memberi kestabilan kepada barisan pertahanan skuad The Bos Gaurus sambil memberikan pengaruh positif kepada rakan sepasukan melalui kepimpinannya di atas padang.
Irfan juga dikenali sebagai pemain pertahanan tengah yang memiliki kemahiran defensif yang baik.
Keupayaannya untuk mengawal permainan dan mematahkan serangan lawan sangat diperlukan oleh Perak FC, terutama setelah kehilangan beberapa pemain penting dalam posisi tersebut.
Dengan pengalaman bermain di pelbagai kelab dan peringkat, termasuk di peringkat antarabangsa, Irfan dapat memberikan kepimpinan kepada rakan sepasukan yang lebih muda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram