KEINGINAN penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka mendapat pemilik baharu masih belum direalisasikan di sebalik minat ditunjukkan beberapa pihak.
Pada bulan lalu, pengurusan kelab menolak permohonan konglomerat tempatan, Datuk Seri Azizul Tandek untuk mengambil alih Kedah Darul Aman (KDA) FC yang mahu mengambil alih kelab di Utara tanah air tersebut.
Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan KDA FC memutuskan untuk menutup pintu rundingan dengan DSAT Group Sdn Bhd yang dimiliki usahawan kelahiran Tawau, Sabah, Datuk Seri Azizul Tandek.
BACA LAGI: Lupakan Kedah, DSAT Group boleh mula dari bawah dengan miliki KL Rovers
BACA LAGI: 'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?
Terdahulu, Azizul meerusi Mahsuri Medical Centre (MMC) memulakan langkah untuk sepenuhnya mengambil alih pemilikan saham saham KDA FC yang pada musim ini berdepan dengan masalah kewangan yang getir.
Hasrat itu dinyatakan menerusi tawaran bertarikh 3 November dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr Zaki Zamani Abd Rashid untuk memiliki kepentingan yang ditanggung kelab berkenaan.
Pemilik KDA FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar Daud Bakar (kiri) dan Azizul Tandek ketika mengadakan perbincangan mengenai masa depan skuad Sang Kenari. — Facebook/Dato' Seri Azizul Tandek
Belum reda mengenai kegagalan usaha pengambil alihan tersebut, KDA FC terus dikaitkan dengan beberapa pihak lain yang dikhabarkan mahu menaja pasukan tersebut.
Terbaharu, turut tersebar desas-desus bahawa terdapat entiti baharu yang dipercayai berminat untuk menaja skuad Sang Kenari.
Lebih menarik, khabar angin tersebut turut memberikan isyarat bahawa syarikat terbabit diercayai berkemungkinan terlibat dalam industri perladangan.
Perkara mengenai perkembangan tersebut dikongsikan oleh sebuah kelab peminat KDA FC iaitu PB Kedah - PBK.
"Segar dari ladang???? Jeng..jeng..jeng..!!!" tulis satu hantaran di akaun Facebook PB KEDAH - PBK.
Di ruangan komen, terdapat warganet turut berteka-teki dan mempersoalkan sama ada pihak terbabit adalah syarikat pengeluar produk berasaskan tenusu negara, Farm Fresh Bhd.
Farm Fresh Bhd melakar sejarah apabila tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia menerusi tawaran awam permulaan (IPO) dengan harga RM1.35 seunit pada 2022.
Untuk rekod, keuntungan bersih bagi suku kedua berakhir 30 September 2024 (2Q25) Farm Fresh Bhd meningkat lebih dua kali ganda kepada RM26.2 juta.
Prestasi baik itu didorong oleh kos bahan mentah tenusu yang lebih rendah dan di samping sumbangan pemilikannya dalam Inside Scoop dan Sin Wah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram