[VIDEO] ‘Taktikal Victor lagi cantik’, fans KDA FC mula reda pemergian Nafuzi Zain


  • Podium
  • Sabtu, 14 Dis 2024

Kesebelasan utama Kedah ketika menewaskan KL Rovers dengan keputusan 3-0 di Stadium Darul Aman pada Jumaat.

PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagai dapat semangat baharu selepas mudah menewaskan Kuala Lumpur (KL) Rovers dalam aksi suku akhir pertama Piala Cabaran 2024 di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat (13 Disember).

Dalam perlawanan itu Kedah mudah menewaskan KL Rovers dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Cleyton Santos, Aiman Afif dan Ebenezer Assifuah.

Walaupun ketiadaan tonggak utama seperti Rizal Ghazali, Syafiq Ahmad, Irfan Zakaria dan Ifwat Akmal ia tidak menghalang gergasi Utara itu menewaskan wakil Liga A1 Semi-Pro di halaman sendiri.

BACA LAGI: ‘Tanpa Lucho, Perak ibarat main liga estet’, fans TBG berang misi #wajibmenang gagal

BACA LAGI: [VIDEO] Fans Selangor kurang gemar, Kinoshi juga tak berminat 'layan' tekanan UltraSel

Tanpa Nafuzi Zain sebagai pengendali ia juga bukan masalah besar buat ketua jurulatih 'interim', Victor Andrag membariskan kesebelasan utama terbaik dalam perlawanan itu.

Corak permainan yang diterapkan oleh Victor juga mendapat pujian daripada penyokong Sang Kenari dengan ada antara mereka menyatakan lebih menarik dari pengendali sebelum ini.

"Nampaknya taktikal Victor lagi cantik dari Nafuzi Zain," komen Mohamed Nizam.

"Victor banyak guna Assifuah yang dapat memberikan impak kepada pasukan. Kalau Nafuzi harap Milos (Gordic) itu sampai ke sudah," ujar Michelle Sephia.

"Harap terus konsisten sampai final (Piala Cabaran) untuk lawan Selangor," jelas Salleh Baharum.

Selepas ini Kedah akan terbang ke Stadium Kuala Lumpur bagi aksi timbal balik menentang KL Rovers pada 22 Disember nanti.

Sebelum menentang KL Rovers, Kedah terlebih dahulu akan melayani kunjungan Penang FC dalam aksi derbi utara untuk terus memperbaiki kedudukan di Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram