Bek tengah dicanang ikut langkah Nafuzi tinggalkan Kedah, ura-ura kembali ke skuad Sang Badak


  • Podium
  • Isnin, 25 Nov 2024

Timbul khabar angin mendakwa Irfan Zakaria bakal meninggalkan skuad Sang kenari. — Instagram/Irfan Zakaria

BELUM reda lagi berita ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain meletakkan jawatan, timbul pula desas desus terbaharu mengenai pemain tengahnya.

Pemerhati sukan tanah air, T. Avineshwaran dalam satu ciapan di laman X (Twitter) pada Ahad mendakwa, Irfan Zakaria bakal meninggalkan skuad Sang Kenari.

"Selepas Nafuzi meletakkan jawatan, difahamkan pemain tengah Irfan Zakaria mungkin akan berpindah," tulisnya.

BACA LAGI : KDA FC terima perletakan jawatan Nafuzi Zain walaupun berat hati, Victor Andrag pengganti interim

BACA LAGI : Sedihnya tiada lambaian perpisahan Sony Norde kepada penyokong di Darul Aman

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran khabar angin tersebut.

Menjengah ke ruangan komen seorang pengguna media sosial, @aiman12_azarul menjangkakan pemain tersebut akan pulang semula ke Sabah FC

"Welcome back to Sabah FC," tulisnya ringkas.

– Bernama

KDA FC mengesahkan bahawa pihak pengurusan kelab itu telah menerima permohonan peletakan jawatan Nafuzi pada Ahad.

Untuk rekod, pemain berusia 29 tahun itu pernah membuat luahan secara terbuka mengenai permasalahan gaji skuad Sang Kenari yang masih belum selesai.

Di laman Instagram miliknya, Irfan berkongsikan sebuah imej karikatur sedang mencari gaji yang tidak kunjung tiba.

"Last jumpa awal bulan hari itu je," tulis mesej dalam karikatur tersebut.

Sehubungan itu, sekiranya khabar angin perpindahan itu benar, tidak mustahil pemain tersebut akan berpindah ke pasukan lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.

2892260

Irfan pernah membuat luahan secara terbuka mengenai permasalahan gaji skuad Sang Kenari yang masih belum selesai pada September lalu.

Sementara itu, pada Oktober lalu, pemilik pasukan KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengesahkan pasukan itu kini sedang berhadapan masalah kewangan yang menyebabkan bayaran gaji pemain, jurulatih dan pegawai pasukan tertunggak sejak Ogos lalu.

Jelas beliau, pihaknya telah menyelesaikan separuh daripada gaji bulan Ogos dan perancangan sedang dilakukan bagi melunaskan baki bayaran gaji bulan berkenaan manakala gaji bulan September akan dijelaskan pada November ini.

Prestasi skuad Sang Kenari pada musim Liga Super kali ini sememangnya agak mengecewakan berbanding musim lalu.

Dengan hanya empat kemenangan sepanjang 14 perlawanan, pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu hanya mampu berada di tangga ke-10 carta Liga Super.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram