Salah boleh terjangkit 'legend syndrome' jika Liverpool beri kontrak baharu


  • Podium
  • Sabtu, 14 Dis 2024

Legend syndrome boleh berjangkit kepada Salah jika terus kekal di Liverpool.

HINGGA kini, masih belum terdapat persetujuan antara Liverpool dan Mohamed Salah berkenaan kontraknya yang bakal tamat pada akhir musim 2024/2025.

Walaupun terdapat desas-desus mengenai Liverpool menawarkan lanjutan kontrak selama dua tahun kepada pemain itu, namun masih belum terdapat sebarang perkhabaran rasmi sama ada Salah kekal di Anfield atau tidak.

Namun begitu, sekiranya Liverpool memilih untuk membiarkan saja Salah menghabiskan kontraknya, ia mungkin satu perkara tepat buat The Reds di masa depan.

BACA LAGI: Padah puji bintang Chelsea, legenda Liverpool dikritik terlepas pandang Salah

BACA LAGI: Carragher label Salah pentingkan diri, sembang hal kontrak secara terbuka

Elak legend syndrome

Satu perkara yang mungkin boleh dielak oleh Liverpool apabila membiarkan Salah menghabiskan kontraknya adalah dapat mengelak daripada berdepan fasa legend syndrome.

Sindrom tersebut adalah sebuah fasa di mana pemain senior berasakan dia sudah terlalu besar untuk kelab itu lalu mula menunjukkan teladan yang tidak baik hingga menggugat keharmonian pasukan.

salah (1)

Salah masih menanti lanjutan kontrak daripada Liverpool.

Jika sindrom itu berlaku kepada Salah, ia boleh menyusahkan Liverpool di kemudian hari kerana pada ketika itu prestasinya semakin menurun tetapi gaji yang perlu dibayar amat tinggi. Senang cerita, ia seperti tidak balik modal.

Liverpool boleh mengelak situasi ini dengan melepaskan Salah selepas kontraknya tamat dan memulakan cerita baharu tanpanya.

Jangan ulangi kisah Aubameyang

Satu kerisauan yang akan terjadi seandainya Salah menerima kontrak baharu adalah penurunan prestasi mendadak. Ketika ini, Salah merupakan watak penting Liverpool dalam menguasai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Hal ini kerana, boleh terjadi situasi di mana prestasi pemain itu merudum selepas berjaya mendapatkan kontrak yang dimahukan seperti semasa Pierre-Emerick Aubameyang bersama Arsenal.

skysports-pierre-emerick-aubameyang_5097601

Prestasi Aubameyang merudum selepas menerima kontrak baharu.

Aubameyang menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal pada 2020 dan dinamakan sebagai ketua pasukan. Sejak itu, prestasinya menurun dengan dia turut berdepan masalah disiplin hingga disingkirkan oleh The Gunners.

Situasti tersebut boleh berulang bersama Salah di Liverpool. Oleh itu, jika hendak memberikan kontrak baharu, The Reds harus bijak dalam menilai supaya mereka tidak kerugian kerana memberi kontrak baharu untuk Salah.

Boleh buka buku baharu

Jika Liverpool memilih untuk tidak bersama Salah, ia boleh membuka jalan baharu untuk The Reds teroka pasca era bintang itu.

Dengan perginya Salah, Liverpool akan menamatkan kebergantungan kepadanya dan mula mendapatkan pemain baharu yang lebih muda untuk meneruskan kecemerlangan The Reds dan legasi The Egyptian King.

468665257_1147989486695881_1173175868756010708_n

Salah (kanan) sentiasa menjadi kegemaran penyokong Liverpool.

Sebagai mana mereka boleh move on dengan pemergian Sadio Mane serta Roberto Firmino, Liverpool pasti boleh terus bergerak ke depan tanpa Salah di sisi.

Akan tetapi, keputusan terletak pada Liverpool. Jika masih memerlukan khidmat Salah, tawarkan saja kontrak baharu kerana di mata penyokong, itulah tindakan terbaik buat kelab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram