Bek kental Penang pesan jangan alpa, awasi ancaman Kedah


  • Podium
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Sang Kenari akan berkunjung ke Stadium Bandaraya pada Sabtu bagi menentang Harimau Kumbang. — Facebook/PenangFC

TONGGAK pertahanan kiri Penang FC, Fairuz Zakaria tidak memandang rendah keupayaan Kedah Darul Aman (KDA) FC meskipun kelab itu kini di tangga ketiga tercorot Liga Super 2024/2025.

Harimau Kumbang yang ketika ini di kedudukan kelapan Liga Super masih belum tewas selepas seri dalam tiga perlawanan manakala skuad kendalian Nafuzi Zain bergelut apabila hanya memenangi satu perlawanan sahaja setakat ini.

Fairuz bagaimanapun melihat Sang Kenari memiliki kualiti tersendiri yang tidak boleh dipandang enteng oleh Harimau Kumbang sambil menyifatkan Kedah tidak akan memberi laluan mudah untuk mereka kembali merebut kemenangan pada aksi Liga Super pada Sabtu.

Derbi Utara itu akan menyaksikan Sang Kenari akan berkunjung ke Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Sabtu bagi menentang Harimau Kumbang.

BACA LAGI: Penyokong Sri Pahang risau mental pemain Tok Gajah tak kuat lawan JDT

BACA LAGI: Ultras Penang beri teguran ingat asal usul sokong kelab sendiri

“Persiapan untuk lawan Kedah adalah 100 peratus dan saya rasa kami telah berikan yang terbaik dalam latihan untuk kami mendapatkan kemenangan.

“Bagi saya, kami tidak pernah sesekali mengambil mudah dalam setiap perlawanan termasuklah aksi lawan Kedah esok (malam ini) sebab sudah tentu mereka akan mengintai peluang untuk mencuri mata.

“Paling penting kita jangan alpa dan perlu sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman yang bakal diberikan Kedah esok (malam ini)," katanya memetik laporan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Pemain berusia 27 tahun ini antara bek kanan yang sering diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama oleh pengendali Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dalam tiga perlawanan Liga Super terdahulu.

WhatsApp Image 2024-06-22 at 13.58.20

Setakat ini Fairuz sudah tampil dalam tiga aksi untuk Penang. — Facebook/PenangFC

Justeru, penting untuk pemain berketinggian 1.73 meter berkenaan meneruskan aksi konsisten bagi memastikan keampuhan pertahanan yang lebih baik untuk Harimau Kumbang musim ini.

“Sasaran saya secara peribadi adalah untuk bermain sehabis baik jika terus diberi peluang oleh jurulatih.

“Yang penting kena kurangkan kesilapan mudah dan sudah pasti misi untuk merebut tiga mata berharga esok (malam ini) dimana kami semua kena menjalankan tugas masing-masing dengan lebih agresif,” tambahnya.

Selain aksi antara Penang dan Kedah, dua lagi perlawanan malam ini membabitkan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC manakala Kuching City FC pula menentang Terengganu FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram