Selain Bergson dan Hidalgo, tonggak Sang Badak antara 3 import wajar dinaturalisasi musim depan


  • Podium
  • Ahad, 15 Dis 2024

Tae-su (dua dari kanan) menyertai Sabah FC sejak Januari 2019. — Facebook/SabahFC

BARU-BARU ini, kem Harimau Malaya dikhabarkan akan akan menerima dua bintang naturalisasi iaitu Bergson Da Silva dan Manuel Hidalgo bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Nama penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson dan pemain import Harimau Selatan yang kini beraksi bersama Sri Pahang FC, Hidalgo itu difahamkan menyertai skuad kebangsaan selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan mengenainya.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab JDT itu berkata demikian selepas memberikan respons terhadap undian pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang menyaksikan Malaysia diletakkan dalam kumpulan F bersama-sama Vietnam, Nepal dan Laos.

BACA LAGI: ‘Tanpa Lucho, Perak ibarat main liga estet’, fans TBG berang misi #wajibmenang gagal

BACA LAGI: [VIDEO] Fans Selangor kurang gemar, Kinoshi juga tak berminat 'layan' tekanan UltraSel

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa lagi pemain Liga Super yang dilihat berpotensi untuk dinaturalisasikan kelab masing-masing menjelang tahun 2025.

Seperti mana yang diketahui proses naturalisasi memerlukan seseorang pemain import itu beraksi di Malaysia untuk tempoh lima tahun berturut-turut.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain liga domestik yang sudahpun dilihat melepasi syarat berkenaan.

1) Park Tae-su (Sabah FC)

Pemain import Sabah FC, Park Tae-su sememangnya cukup dikenali dalam arena bola sepak tanah air terutamanya dalam kalangan penyokong Negeri di Bawah Bayu.

Selain mempamerkan prestasi yang cemerlang sepanjang musim, pemain pertahanan tengah itu dilihat banyak membantu skuad Sang Badak melancarkan gerakan ke atas untuk menjerat pasukan lawan.

Oleh itu, Tae-su atau lebih gemar disapa ‘Karim’ itu sememangnya sudah boleh dinaturalisasi apabila telah beraksi beraksi bersama Sang Badak sejak Januari 2019 lagi.

1969630

Tae-su diberi nama jolokan 'Karim' kerana fasih berbahasa Melayu. — Facebook/SabahFC

Selain beraksi cemerlang bersama Sabah FC, pertahanan kental kelahiran Korea Selatan itu juga mempunyai kelebihan dalam bertutur bahasa Malaysia.

Sepanjang bersama Sabah FC, Tae-su sudah meraih 99 penampilan selain merekodkan 20 jaringan dan sembilan assists sejak menyarung jersi The Rhinos itu.

Dalam pada itu, dengan kehadiran Tae-su ke skuad kebangsaan, sudah pasti dijangka mampu membantu benteng pertahanan Harimau Malaya agar tidak mudah dibolosi.

2) Jordan Mintah (Kuching City FC)

Penyerang Kuching City FC, Jordan Mintah dijangka menjadi prospek naturalisasi musim 2025 selepas lima tahun beraksi di Malaysia iaitu sejak Januari 2020.

Musim ini menyaksikan Mintah meledak lima jaringan daripada 14 penampilan buat The Cats.

Baru berusia 29 tahun, pemain kelahiran Ghana itu memulakan kariernya berama Terengganu FC pada Januari 2020 sebelum dipinjamkan ke Kuala Lumpur City FC bagi musim 2022.

470115999_18291064114233453_1890711154428172681_n

Mintah (kanan) kini menabur bakti bersama Kuching City FC. — Facebook/Kuchingcity

Mintah sempat kembali ke pasukan Pantai Timur itu pada penghujung musim 2022 sebelum berhijrah ke Kuching City awal musim ini.

Ketajaman Mintah di depan pintu gawang dijangka mampu memperbaiki jentera serangan skuad kebangsaan yang kini dilihat telah kehilangan taring.

3) Argzim Redzovic (Terengganu FC)

Pemain kelahiran Montenegro, Argzim Redzovic antara pemain Liga Super yang sebelum ini disebut-sebut bakal dinaturalisasikan bagi membantu skuad kebangsaan beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan.

Menurut laporan sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, permohonannya sudah dibuat dan kini menunggu 'lampu hijau' daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

SHAH ALAM, 18 Ogos -- Pemain pasukan PDRM Argzim Redzovic (kiri) dipintas oleh pemain pasukan Selangor Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada perlawanan Piala Malaysia 2019 antara pasukan Selangor bertemu pasukan PDRM di Stadium Shah Alam hari ini.Kedua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Argzim (kiri) ketika mewakili PDRM pada 2018.

Berdasarkan rekod, pemain pertahanan tengah berusia 32 tahun itu mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada tahun 2018 dengan menyarung jersi PDRM sebelum berhijrah ke Terengganu pada 2020 sehingga kini.

Selain berkahwin dengan gadis kelahiran Cameron Highlands, Pahang, bekas pemain kebangsaan Montenegro bawah 19 tahun itu hampir tujuh tahun beraksi dalam Liga M.

Mengikut syarat, pemain yang beraksi selama lima tahun berturut-turut dalam kawasan bawah gabungan persatuan bola sepak negara berkaitan, selepas berumur 18 tahun layak memohon taraf pemain naturalisasi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram