KEM Sabah FC boleh menarik nafas lega apabila empat tonggak utama mereka dipanggil semula untuk memperkuatkan pasukan menjelang aksi suku akhir pertama Piala Malaysia bertemu Kuching City FC.
Keempat-empat pemain berkenaan ialah Dominic Tan, Daniel Ting, Stuart Wilkin dan Darren Lok.
Pertembungan 'Derby Borneo' itu akan menyaksikan kedua-dua pasukan akan beradu tenaga di Stadium Negeri, Sarawak pada Ahad.
BACA LAGI: Selain Akhyar Rashid, ada 3 pemain seolah-olah beri 'hint' sarung jersi kelab lain
BACA LAGI: 'Jangan gembira sangat', HM diingat jangan puas hati, banyak perlu diperbaiki
Tonggak Harimau Malaya, Daniel Ting (kanan) dipanggil semula bagi membantu benteng pertahanan Sang Badak aksi bertemu Kuching City. — Facebook/FAM
Keempat-empat tonggak Sabah itu sebelum ini dipanggil bagi membantu skuad kebangsaan menghadapi cabaran dalam kejohanan Piala Asean 2024 (Piala AFF).
Mengulas lanjut mengenai aksi bertemu Timor Leste, pemain pertahanan Sang Badak, Daniel Ting berkata, mereka enggan memandang rendah terhadap kemampuan lawan mereka yang tewas 0-10 kepada Thailand.
"Ini adalah bola sepak antarabangsa dan setiap pasukan mempunyai pemain terbaik mereka.
"Saya akui kami kehilangan fokus pada babak pertama tapi tiga mata adalah yang paling penting," kata Daniel, antara pemain yang membantu Harimau Malaya meraih tiga mata penuh di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.
Daniel antara empat pemain Sabah yang akan terlepas perlawanan menentang Thailand pada Sabtu kerana mereka perlu kembali ke kelab masing-masing untuk beraksi dalam perlawanan Piala Malaysia. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram