PASUKAN tuan rumah, Perak FC terpaksa menelan kepahitan tewas di halaman sendiri selepas Sri Pahang FC menamatkan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2024 dengan keputusan 0-1 hasil jaringan Kpah Sherman.
Aksi yang berlangsung di Stadium Manjung, Perak itu menyaksikan Perak sedikit tempang apabila kelibat pemain import, Luciano Guaycochea tiada dalam kesebelasan utama pasukan.
Namun begitu, skuad kendalian Yusri Che Lah masih mempunyai harapan untuk bangkit dalam aksi suku akhir kedua selepas hanya ketinggalan dengan satu jaringan sahaja di Stadium Temerloh, Pahang pada 22 Disember nanti.
BACA LAGI: Sarung jersi skuad Jang 'hint' Akhyar tak kekal bersama Terengganu
BACA LAGI: Terengganu FC mudah bawa pulang 3 mata, fans Peteh sakit hati tengok aksi Nelson Bonilla
Walaupun mempunyai peluang cerah untuk bangkit daripada ketinggalan, rata-rata penyokong Perak mahu Guaycochea kembali pulih untuk membantu The Bos Gaurus layak ke pentas separuh akhir nanti.
“Tanpa Luciano (Guaycochea) pasukan Perak ini memang tahap liga estet sahaja. Selama ini dia yang bawa pasukan Perak, nak harap pemain lain semua macam ‘cakcibor’,” kata Hakim Fazrul.
“Bukan nak hina, tapi penyudah pemain teruk, visi tak ada itu paling ketara. Sebanyak 17 kali rembatan, hanya tiga tepat ke sasaran. Sangat merugikan, nampak Yusri marah,” jelas Aiman Shafiq.
“Luciano dengan Lee Tae-min tak ada rasa betul tiada yang boleh menyerang,” ujar Zamri Saad.
Penyokong turut kecewa kerana pemain-pemain Sang Seladang banyak melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan gol sehingga ada yang beranggapan penyerang utama Perak, Luka Milunovic seperti tidak makan nasi.
Bagi aksi timbal balik kedua, Perak akan mengunjungi Stadium Manjung dengan misi untuk balas dendam sekali gus layak ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2024 pada 22 Disember nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram