'PERJUANGAN belum selesai,'.
Itulah ungkapan yang kini boleh menjadi penguat buat skuad kebangsaan yang akan berdepan tugas berat menjelang perlawanan ketiga Piala Asean 2024 (Piala AFF) bertemu Thailand pada Sabtu.
Skuad Harimau Malaya terpaksa menelan pahit apabila kehilangan beberapa pemain antaranya pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT II), Fergus Tierney dan Syafiq Ahmad yang mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Timor Leste.
Selain itu, empat tonggak utama Sabah FC, Dominic Tan, Stuart Wilkin, Darren Lok dan Daniel Ting terpaksa meninggalkan skuad Harimau Malaya bagi memberi tumpuan kepada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Sarawak Ahad ini.
BACA LAGI: Selain Akhyar Rashid, ada 3 pemain seolah-olah beri 'hint' sarung jersi kelab lain
BACA LAGI: [VIDEO] 'Dah macam pemain Thailand’, Orang Asli tunjuk bakat boleh ganti 'killer' Pahang Mammoth
Pau Marti (tengah) berdepan tugas getir selepas kehilangan empat pemain Sabah yang dipanggil bagi memberi tumpuan kepada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia bertemu The Cats. — Facebook/FAM
Berita itu pastinya cukup mengecewakan 'ekor' Harimau Malaya yang sepertinya sudah dapat meramal keputusan yang akan terhasil di Stadium Rajamangala, Thailand nanti.
Bagaimanapun, salah seorang penyokong Harimau Malaya, VEshirt Visi sempat memberi pesanan kepada pengendali interim Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengenai corak permainan yang perlu dilakukan olehnya bagi menghadapi pasukan Gajah Perang itu.
"Perjuangan masih belum selesai, ayuh Malaysiaku, teruskan usaha kita, jangan biarkan maruah kita tercalar.
"Dengan tiadanya pemain Sabah, saya berpendapat bahawa coach Pau Marti boleh meletakkan empat barisan pertahanan terakhir iaitu Khuzaimi Piee dan Harith Haiqal Adam Afkar di bahagian tengah pertahanan, manakala pertahanan sisi pula inilah masanya untuk turunkan Declan Lambert (kiri) dan Jimmy Raymond (kanan).
"Manakala, di bahagian tengah, gandingan Syamer Kutty (DMF), Daniel Amier (CMF) dan Endrick Dos Santos (AMF) adalah gandingan yang terbaik buat masa ini.
"Untuk bahagian sayap, Fazrul Amir (kanan) dan Adib Ra'op (kiri) dilihat lebih sesuai diturunkan dan penyerang tunggal boleh cuba Sergio Aguero bertindak sebagai pemain serangan depan.
"Walaupun atas kertas pasukan Thailand lebih baik dari kita namun kita perlu buktikan sesuatu malah perlu memberi kejutan, tiada yang mustahil dalam kamus bola sepak. Semoga berjaya Malaysiaku, hanya sekadar pendapat sahaja," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram