SKUAD Harimau Malaya tempang bertemu Thailand apabila dilaporkan hilang lima pemain utama menjelang aksi ketiga saingan kumpulan A Piala Asean 2024 pada Sabtu.
Pasukan negara yang terdesak untuk meraih kemenangan nampaknya semakin sukar untuk mencapai misi itu apabila kelima-lima pemain tersebut terpaksa melupakan aksi seterusnya atas faktor kecederaan dan komitmen bersama kelab di Liga Malaysia (Liga M).
Menurut laporan Stadium Astro, lima pemain berkenaan adalah Dominic Tan, Stuart Wilkin, Darren Lok dan Daniel Ting yang kembali bersama Sabah FC bagi memberikan tumpuan kepada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia berdepan Kuching City pada Ahad.
BACA LAGI: Tak semua 'lemau' bertemu Timor Leste, masih ada 3 pemain bersinar termasuk bintang masa depan JDT
BACA LAGI: 'Ikut Tomi balik kampung ke?', fans Terengganu 'detect' kehilangan pemain import
Selain itu, penyerang utama, Syafiq Ahmad yang menjaringkan gol pembukaan bertemu Timor Leste sebelum ini juga terpaksa diketepikan ekoran kecederaan buku lali.
Ia sekali gus mengundang kerisauan penyokong yang nyata dahagakan kemenangan susulan persembahan goyah dipamerkan skuad negara dalam dua perlawanan terdahulu.
Pengendalinya, Pau Marti sebelum ini menyatakan bahawa pasukannya bersedia menghadapi segala kemungkinan menentang skuad Gajah Perang itu dan sentiasa optimis anak-anak buahnya mampu melakar kemenangan kelak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram