TIADA niat untuk membangga diri mahupun sombong, pelakon popular, Azhan Rani, 48, atau nama lengkapnya, Azhan Abdul Rani memasang impian untuk terus menderma darah buat kali yang ke-100 kelak.
Jelasnya, setakat ini sebanyak 99 beg darah telah didermakan sepanjang usianya dan berharap dapat menggenapkan angka tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.
BACA LAGI: 'The beginning of everything', Fazura semangat mulakan hidup baharu usai selesai tempoh idah
BACA LAGI: Pempengaruh kosmetik pernah muak bercinta lelaki Melayu akhirnya bertemu jodoh jejaka Belanda
"Ini beg yang ke-99. Yang tak tahu kenapa dia warna kuning sebab itu darah platelet dan plasma yang dah diasingkan dari darah merah oleh mesin. Tak payah buat gelak dan jadikan bahan lawak. Kita semua ada darah ini kecuali la kau keturunan mahsuri.
"Ada izin Allah Insha-ALLAH dua minggu lagi panjang umur sihat badan boleh la genapkan 100. Banyaknya derma darah? Tak banyak pun.
"Selagi sihat dan mampu nikmat kesihatan ni boleh je dikongsi pada yang memerlukan. Dah ramai derma darah tak payah la pergi? Salah," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.
Jelas pelakon drama popular Nur itu, purata sebanyak 2,000 beg darah diperlukan setiap hari untuk kegunaan ramai pesakit di seluruh negara.
Malah ujarnya, permintaan akan lebih meningkat bila tiba musim perayaan dengan umur maksimum layak menjadi penderma adalah pada usia 70 tahun.
"Perkongsian ini harap dapat menjentik lebih ramai untuk turut sama prihatin menderma darah. Tak kisah la penderma darah utuh atau penderma apheresis macam aku ni.
"Insha-ALLAH sama-sama kita bantu yang memerlukan sambil bantu tingkatkan kesihatan diri sendiri, tiada paksaan hanya galakkan buat yang sihat dan layak menderma darah jom," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram