Padah puji bintang Chelsea, legenda Liverpool dikritik terlepas pandang Salah


  • Podium
  • Selasa, 10 Dis 2024

Dua gol Palmer (tengah) membawanya kepada 11 gol untuk musim ini, hanya dipisahkan dua gol di belakang Salah dan Haaland. — Agensi

LEGENDA Liverpool, Jamie Carragher mendapat kecaman hebat daripada penyokong The Reds selepas tindakannya yang terlalu memuji bintang muda sedang meningkat naik Chelsea iaitu Cole Palmer.

Carragher baru-baru ini memberi pujian menggunung kepada pemain antarabangsa England itu selepas dia menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika Chelsea menang 4-2 ke atas Tottenham pada Isnin.

Dua gol Palmer itu membawanya kepada 11 gol untuk musim ini, hanya dipisahkan dua gol di belakang Mohamed Salah dan Erling Haaland. Sebelum ini, Palner menamatkan kempen sebelumnya di tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak dengan 22 gol.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengadil punca Ten Hag dipecat, akhirnya dibuang daripada EPL

BACA LAGI: [VIDEO] Pep Guardiola berlagak trofi EPL, tak mahu disamakan dengan Jose Mourinho

Susulan rekod cemerlang berkenaan, Carragher percaya prestasinya sejak menyertai Chelsea pada jendela perpindahan musim panas 2023 tidak dapat ditandingi oleh orang lain dalam liga.

"Saya sudah menyukainya pada musim lalu dan dia bermula musim ini dengan sangat baik. Jika anda melihat hampir 18 bulan dia di Chelsea, saya tidak fikir ada pemain dalam Liga Perdana yang beraksi lebih baik daripada dia selama 18 bulan ini.

“Palmer juga hakikatnya tidak bermain dengan pasukan yang terbaik, walaupun kini mereka (Chelsea) kelihatan seperti salah satu pasukan terbaik dalam liga.

"Dia mungkin berada pada tahap yang sama seperti yang saya lihat Eden Hazard pernah lakukan bersama Chelsea. Namun Hazard membuatnya dalam tempoh yang lebih lama, sekitar empat atau lima tahun," katanya.

JAMIE JAMIE

Carragher memuji persembahan cemerlang Palmer. Agensi

Pujian terhadap Palmer itu menimbulkan reaksi kurang senang penyokong Liverpool dengan rata-rata peminat The Reds melihat bekas pemain pertahanan itu terlepas pandang rekod penyerang mereka iaitu Salah.

Bintang antarabangsa Mesir itu sudah mempunyai 13 gol dan lapan bantuan dalam Liga Perdana musim ini, selain merekodkan 27 penglibatan gol dalam hanya 21 penampilan di semua pertandingan.

Kritikan itu juga dilempar kepadanya selepas Carragher mencetuskan kontroversi dengan menggelar Salah sebagai seorang pemain yang mementingkan diri dek bercakap mengenai situasi kontraknya kepada pemberita.

Pada November lepas, usai perlawanan Liverpool menang 3-2 ke atas Southampton, Salah bercakap kepada pemberita dan menyatakan bahawa kelab itu masih belum memulakan perbincangan dengannya mengenai kontrak baru. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram