
SELANGOR FC memastikan kedudukan kedua dalam Liga Super masih menjadi milik mereka apabila menewaskan Negeri Sembilan FC 4-0 pada Isnin.
Skuad Gergasi Merah memulakan serangan seawal minit pertama permainan apabila mereka cuba masuk ke kubu Negeri Sembilan dengan Ronnie Fernandez mengetuai barisan depan Selangor.
Hasilnya, mereka berjaya mendahului menerusi Aliff Haiqal pada minit ke-15 apabila rembatannya terlalu kuat untuk ditepis keluar oleh penjaga gol Negeri Sembilan iaitu Taufiq Ar Rasyid.
BACA LAGI: Kinoshi desak Selangor FC bangkit benam skuad Jang lepas 2 kekalahan berturut-turut
BACA LAGI: Pertukaran jurulatih ganggu 'momentum' Selangor FC — Nizaruddin
Selangor kemudiannya berjaya mendapatkan gol kedua untuk melebarkan pendahuluan apabila jaringan daripada sepakan percuma Alvin Fortes pada minit ke-39 memudahkan perjalanan mereka dalam perlawanan tersebut.
Tugas Selangor dilihat lebih mudah apabila Negeri Sembilan kehilangan Che Rashid Che Halim selepas dia memijak Fortes di penghujung separuh masa pertama.
Di separuh masa kedua, Selangor memperoleh jaringan tambahan menerusi Quentin Cheng yang merembat kencang bola pada awal fasa tersebut.
Pesta jaringan Selangor dilengkapkan menerusi jaringan Yohandry Orozco apabila dia menyumbat gol keempat Gergasi Merah pada minit ke-61.
Walaupun menang besar, namun begitu persembahan Selangor masih lagi tidak memuaskan hati penyokong kerana berasakan persembahan masih di bawah par dengan gerakan taktikal kurang jelas.
Para pemain dilihat santai terutamanya selepas jaringan pertama dihasilkan. Namun begitu, urgency daripada jurulatih, Katsuhito Kinoshi memastikan Selangor bermain dengan sedikit lebih baik untuk memastikan tiga mata menjadi milik mereka.
"Lepas jaringkan gol main macam apa entah," kata penyokong bernama Zaim Hernandez.
"Tambah gol lagi, jangan leka," ujar Ey Wan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram