Tinggalkan jawatan di FC Tokyo, Peter Cklamovski semakin hampir sertai Harimau Malaya?


  • Podium
  • Khamis, 12 Dis 2024

Cklamovski disebut-sebut akan menjadi jurulatih baharu Harimau Malaya.

TEKA-TEKI mengenai siapakah pengganti Pau Marti di kerusi Harimau Malaya semakin menemui jawapannya dengan pelbagai pembayang muncul.

Pembayang paling ketara adalah individu tersebut mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak Asia dengan Australia menjadi kerakyatan pilihan bagi jurulatih Malaysia yang seterusnya.

Dengan pembayang tersebut, ia kelihatan satu nama begitu hampir untuk menyertai Harimau Malaya iaitu Peter Cklamovski.

BACA LAGI: Hanya berlatih di pantai, Timor Leste dah cukup syukur jika dapat seri lawan Harimau Malaya

BACA LAGI: Dua bintang akan tiba? TMJ cadang Bergson, Hidalgo penyelesaian peledak Harimau Malaya

information_20241018171446671218f6-1d40-4316-9b97-2e450a000292

Cklamovski meninggalkan FC Tokyo selepas musim J1 League tamat.

Cklamovski dilihat sebagai calon kuat untuk menyertai Harimau Malaya sebagai sebahagian daripada revolusi skuad kebangsaan pasca era Kim Pan-gon.

Namanya menjadi calon utama mengetuai Harimau Malaya selepas Cklamovski sudah bersedia melepaskan jawatannya di FC Tokyo pada akhir musim 2024.

Keputusan itu sudah dilakukan oleh Cklamovski pada November lalu apabila dia memilih untuk tidak terus bersama kelab itu yang menamatkan saingan J1 League di tempat ketujuh.

"Ia sudah ditentukan yang Peter Cklamovski akan berundur daripada jawatannya sebagai pengurus pada akhir musim. Pihak kelab akan mengumumkan penggantinya selepas ia ditentukan," kata FC Tokyo dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Cklamovski dilihat sebagai calon utama ditambah dengan pengalamannya pernah bekerja bersama-sama pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglu dalam skuad kebangsaan Australia dan Yokohama F. Marinos.

Cklamovski memenangi Piala Asia 2015 ketika bersama-sama Postecoglu serta gelaran J1 League di Yokohama F. Marinos. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram