Mungkin tak terima kontrak baharu, 3 kelab termasuk Man United sedia rebut bintang Juventus


  • Podium
  • Selasa, 10 Dis 2024

Vlahovic jadi buruan tiga kelab EPL.

PENYERANG Juventus, Dusan Vlahovic kini berada dalam radar tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas isu kontraknya bersama kelab Itali itu menjadi tanda tanya.

Hal ini kerana, kontraknya akan tamat pada 2026 dan Juventus dalam proses untuk mengikat pemain itu untuk tempoh lebih lama.

Akan tetapi, masih belum ada jawapan daripada penyerang itu walaupun Juventus yakin kontrak baharu dapat dipaterikan antara kedua-dua pihak.

BACA LAGI: 'Belajar dari Arsenal', United disaran ikut The Gunners jadi 'corner king'

BACA LAGI: 'Master of corners', Arsenal rekod 22 gol dari sepakan penjuru selepas benam Man United

dusan-vlahovic-juventus-2022-1649683282-83555

Vlahovic ditawarkan kontrak baharu oleh Juventus.

Namun begitu, kesukaran dalam menerima kontrak baharu untuk Vlahovic adalah Juventus memintanya menerima potongan gaji daripada jumlah £200,000 (RM1.1 juta) diterimanya sekarang.

Sekiranya Vlahovic tidak mahu menerima tawaran potongan gaji itu, tiga kelab EPL sedia untuk melamar Vlahovic dan membawanya beraksi di England.

Memetik laporan di England, Arsenal, Chelsea dan Manchester United dilaporkan berminat mendapatkan Vlahovic bagi menguatkan serangan mereka.

Arsenal yang bergantung kepada jaringan daripada situasi bola mati perlu mendapatkan Vlahovic selepas Kai Havertz dan Gabriel Jesus tidak begitu konsisten memburu jaringan.

Sementara Chelsea masih mahu menguatkan serangan walaupun Nicolas Jackson beraksi dengan baik sebagai penyerang utama The Blues manakala United pula ingin mengukuhkan jentera depan selepas beberapa pemain tidak mencapai standard Ruben Amorim.

Jumlah gaji itu dilihat tiada masalah untuk ketiga-tiga kelab EPL itu membayarnya kerana faktor kewangan yang kukuh. Namun begitu, persoalan akan timbul dari sudut jumlah yuran perpindahan yang perlu dibayar.

Juventus meletakkan harga setinggi £70 juta (RM396 juta) untuk Vlahovic. Memandangkan prestasinya kini kurang menyerlah, pastinya tiga kelab EPL itu mahukan yuran lebih rendah bagi mereka memperoleh Vlahovic.

Sebagai rekod, Vlahovic cuma menjaringkan sembilan gol daripada 17 penampilan bersama Juventus musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram