[VIDEO] Ramai kata Aisar Khaled memalukan Malaysia, aksi lembik ketika berdepan petinju Indonesia disamakan filem Labu Labi


  • Podium
  • Ahad, 01 Dis 2024

Aisar (kanan) ditewaskan Fadly dalam pertarungan Byon Combat Showbiz Volume 4 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

PERLAWANAN menarik melibatkan pempengaruh Malaysia, Aisar Khaled menentang selebriti Indonesia, Fadly Faisal berlangsung dengan penuh kontroversi pada Sabtu.

Pertarungan Byon Combat Showbiz Volume 4 yang diadakan di Jakarta, Indonesia itu menyaksikan Aisar atau nama sebenarnya, Aisar Khaled Kamel, 24, tewas di tangan Fadly.

Aksi melibatkan kedua-dua negara serumpun itu menjadi tumpuan gara-gara gelagat Aisar yang dianggap lucu.

BACA LAGI: [VIDEO] Jojo Ghazali terima kontrak lumayan One Championship selepas tumbangkan peninju Rusia

BACA LAGI: [VIDEO] Jojo Ghazali terima kontrak lumayan One Championship selepas tumbangkan peninju Rusia

Tidak kurang juga menggelarkan aksi lembik yang ditonjolkan pempengaruh dengan lebih dua juta pengikut di Instagram itu seolah-olah memalukan nama Malaysia.

Ramai yang beranggapan bahawa pertarungan itu tidak ubah seperti komedi, bukanlah perlawanan yang serius.

Malah ada segelintir warga maya yang mempersoalkan sama ada Aisar benar-benar bersedia atau tidak dengan perlawanan tersebut.

"Aisar betul-betul berlatih atau tidak? Memalukan (negara) sahaja," tulia Neolis.

Perlawanan tersebut menyaksikan Fadly diangkat sebagai pemenang tali pinggang Influence Championship Boxing (ICB) antarabangsa pertama di Asia.

Sementara itu, Majoriti sudah cuba menghubungi pempengaruh berkenaan untuk mendapatkan maklum balasnya berhubung kontroversi tersebut, namun masih belum ada respons dari pihak Aisar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram