[VIDEO] Skrip aksi Mike Tyson lawan Jake Paul bocor, ramai ragu adegan tampar di pentas


  • Podium
  • Sabtu, 16 Nov 2024

Jake Paul (kanan) menerima tamparan daripada lawannya ketika bertentang mata di atas gelanggang. — Agensi

SELEPAS kekecohan antara petinju legenda, Mike Tyson dan Jake Paul berlaku di sesi menimbang pada Khamis, tersebar pula skrip yang didakwa disediakan untuk pertarungan mereka pada hari ini (waktu Malaysia) di Texas, Amerika Syarikat.

Skrip yang memperlihatkan adegan-adegan akan berlaku termasuk keputusan perlawanan itu tular di media sosial dengan rata-rata penyokong memberi reaksi kecewa terhadap pertarungan ditunggu-tunggu tersebut.

Menerusi skrip yang dikongsi oleh pemilik akaun X dengan 204 pengikut itu, mendakwa pempengaruh berusi 19 tahun tersebut akan memenangi keputusan selepas 10 pusingan perlawanan dengan Tyson.

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum bertemu di gelanggang sebenar, Jake Paul terima 'tamparan wanita' Mike Tyson

BACA LAGI: [VIDEO] Mike Tyson 'approve' sikap gentlemen peninju tidak mahu ambil kesempatan terhadap lawan

Selain itu, kandungan skrip berkenaan juga mendedahkan bahawa Tyson bermula dengan memberi saingan yang sengit kepada lawannya tetapi dikecewakan oleh kekurangan staminanya.

Bagaimanapun, ramai meragui skrip tular berkenaan terutama penyokong Tyson yang optimis bahawa petinju berusia 58 tahun sukar dikalahkan dengan reputasinya sebagai salah seorang petinju paling berjaya dalam sejarah.

Masakan tidak, dalam sejarah Tyson sepanjang bergelar sebagai petinju, atlet kelahiran New York itu hanya ditewaskan enam kali dalam 58 pertarungan.

skrip

Tangkap layar skrip pertarungan antara Tyson dan Paul.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang merasakan bahawa Tyson bersetuju dengan skrip terbabit untuk pulangan yang lumayan dan berkemungkinan bayarannya berganda daripada kemenangan pertarungan.

Dalam pada itu, skrip tersebut juga membuatkan sesetengah penyokong mula meragui kekecohan Tyson yang naik ke pentas secara tiba-tiba menampar lawannya selepas Paul tidak melangkah ke gelanggang secara profesional pada Khamis.

Kekasaran dilakukan itu tidak mengganggu ketenangan Paul yang hanya mengelap pipinya sebagai tanda bahawa dirinya tidak terkesan dengan provokasi dibuat Tyson. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram