MALAYSIA mempertaruhkan seramai 26 orang pemain bagi menghadapi aksi di ASEAN Mitshubishi Electric Cup 2024.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente berada dalam momentum cemerlang selepas menundukkan Laos dengan keputusan 3-1 sebelum mengikat pasukan ke-125 dunia, India dengan keputusan 1-1.
Posisi penjaga gol menyaksikan skuad kebangsaan diketuai oleh tonggak Selangor, Kalamullah Al-Hafiz bersama dua lagi rakan iaitu Rahadiazli dan juga Haziq Nadzli.
BACA LAGI: 'Rajin pula turun latihan', fans Sang Kenari kritik pemain KDA FC boikot aksi Piala Malaysia 2024
Barisan pertahanan negara berlakunya perubahan besar selepas beberapa watak baharu dipertaruhkan iaitu Jimmy Raymond, Declan Lambert dan Aiman Hakimi bersama Dominic Tan, Adib Ra’op, Harith Samsuri dan Khuzaimi Piee.
Posisi perancang tengah negara dikemudi oleh Stuart Wilkin, Syamer Kutty, Endrick Dos Santos dan Sergio Aguero bersama muka seperti Daniel Amier dan Muhammad Khalil.
Barisan serangan Harimau Malaya menyaksikan terdapat watak campuran iaitu antara Paulo Josue, Darren Lok, Haqimi Rosli, Fazrul Amir, Fergus Tierney, Pavithran, Daryl Sham dan juga Najmuddin Akmal.
Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama Kemboja, Thailand, Singapura dan juga Timor Leste.
Melihat kepada barisan pertahanan Malaysia, rata-rata penyokong mahukan pemain lebih senior dipanggil bagi membentuk pertahanan lebih ampuh.
Antara tiga nama yang disebut-sebut oleh penyokong adalah:
1. Adam Nor Azlin
Selepas menyertai Sri Pahang FC musim ini, karier Adam Nor Azlin bagai kembali pulih apabila sering menjadi pilihan pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad untuk diletakkan dalam barisan kesebelasan utama pasukan.
Beraksi dalam 11 perlawanan Liga Super dan dua jaringan memberi makna bahawa pemain berusia 28 tahun itu telah kembali ke prestasi sebenarnya selepas lama diperam dalam skuad Johor Darul Ta'zim (JDT).
Pengalaman beraksi di pentas antarabangsa bersama Harimau Muda dan Harimau Malaya menjadi kelebihan Adam untuk menyarung semula jersi kebangsaan jika diberi peluang oleh Pau Marti untuk memperkukuhkan benteng pertahanan pasukan.
2. Muhammad Irfan Zakaria
Pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Muhammad Irfan Zakaria wajar menjadi pilihan Pau Marti kerana kecemerlangannya membentuk gandingan bersama Cleylton Santos.
Musim ini, Irfan beraksi dalam 10 perlawanan bersama Kedah dan masih belum menjaringkan sebarang gol buat Sang Kenari.
Sama seperti Adam, Irfan juga memiliki pengalaman beraksi di pentas antarabangsa apabila pemain ini juga berada dalam skuad terbaik Harimau Muda yang layak ke pusingan kalah mati Piala Asia B-23 Tahun pada 2018.
3. Sharul Nizam Ros Hasni
Sharul Nizam antara tonggak utama pertahanan Terengganu FC musim ini apabila tampil beraksi dalam 12 perlawanan bersama Sang Penyu.
Namun nama Shahrul sukar untuk lekat bersama skuad kebangsaan selepas gagal dihubungi untuk melapor diri ke kem latihan pusat bagi perlawanan persahabatan di Jordan pada 2021.
Difahamkan faktor utama pemain pertahanan tengah Terengganu berkenaan gagal melapor diri ke kem kebangsaan kerana dia turun ke laut bagi melakukan aktiviti mencandat sotong. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram