SEORANG wanita berusia 49 tahun telah ditikam sehingga maut di sebuah restoran yang terletak di pusat beli-belah di Cheras.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, berkata, kejadian itu berlaku antara pukul 3 petang hingga 4 petang pada Jumaat (29 November).
"Terdapat empat hingga lima kesan tikaman pada tubuh mangsa.
BACA LAGI: [VIDEO] Selepas 2 tahun, pemandu X50 merah kembali jadi pembuli jalan raya di Pulau Pinang
BACA LAGI: [VIDEO] Pemuda sesuka hati 'rem' motosikal semasa banjir, tak pasal-pasal dapat pengajaran berharga
"Kami telah menahan tujuh rakan sekerjanya untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu (30 November).
Mayat telah dihantar ke hospital berdekatan untuk bedah siasat, katanya.
"Kami sedang menjejaki saksi-saksi lain dan menyiasat motif di sebalik pembunuhan ini,” tambahnya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram