PENDUDUK Suria Homes di Taman Sri Segambut meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menurap semula jalan di kawasan perumahan mereka.
Jalan utama ke kawasan tersebut, iaitu Jalan Udang Galah dan Jalan Udang Batu di Kuala Lumpur, dipenuhi dengan lubang, kata Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Suria Homes (SHRA), Michael Yen.
Beliau berkata, walaupun kontraktor yang dilantik DBKL telah menampal lubang-lubang jalan tersebut, jalan itu secara keseluruhannya memerlukan penurapan semula.
BACA LAGI: Malaysia pinda undang-undang baharu, bantu pihak berkuasa perangi scammer
BACA LAGI: [VIDEO] Usahawan kripto China makan pisang ‘soletip’ RM28 juta
“Terdapat 142 rumah di sini dan lima jalan utama, termasuk Jalan Udang Galah 4, 5 dan 6, dan kebanyakan jalan ini berada dalam keadaan yang teruk,” katanya semasa sidang media di kawasan perumahan itu.
Penduduk juga membawa isu permukaan jalan yang tenggelam di Jalan Udang Galah dan berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan segera.
Pengerusi SHRA, Gary Low, berkata, beliau telah mengemukakan masalah jalan ini kepada pejabat Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.
Aktivis masyarakat, Yee Poh Ping, turut menggesa DBKL memperuntukkan dana untuk menurap semula jalan di Suria Homes.
“DBKL pernah melaksanakan projek yang sama di kawasan perumahan Taman Fadason sebelum ini,” katanya, sambil menambah bahawa isu ini telah dibangkitkan kepada DBKL. — The Star/JAROD LIM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram