[VIDEO] Usahawan kripto China makan pisang ‘soletip’ RM28 juta


  • Benua
  • Sabtu, 30 Nov 2024

Sun memakan pisang yang dibeli pada harga RM28 juta.

SEORANG usahawan kripto China telah menunaikan janjinya untuk memakan pisang daripada karya seni bernilai $6.2 juta (RM28 juta) yang dibelinya pada minggu lalu.

Justin Sun telah mengalahkan enam pembida lain untuk memiliki karya seni kontroversial ciptaan Maurizio Cattelan pada 2019 yang bertajuk 'Pisang Pita Pelekat' dalam lelongan di New York, Amerika Syarikat (AS).

Usahawan itu memakan pisang semasa sidang media di Hong Kong, yang mana beliau menggunakan peluang tersebut untuk membuat perbandingan antara karya seni tersebut dengan mata wang kripto.

BACA LAGI: Wanita maut ditikam di pusat beli-belah Cheras

BACA LAGI: [VIDEO] Selepas 2 tahun, pemandu X50 merah kembali jadi pembuli jalan raya di Pulau Pinang

Pisang itu telah dimakan dua kali sebelum ini.

Pertama oleh seorang artis persembahan pada 2019 dan kedua pelajar Korea Selatan tahun lalu.

Tetapi kedua-duanya tidak membayar sebarang wang, apatah lagi RM28 juta.

"Memakannya dalam sidang media juga boleh menjadi sebahagian daripada sejarah karya seni ini.

“Ia jauh lebih baik daripada pisang lain,” kata Sun.

Usahawan berusia 34 tahun itu berkata, beliau tertarik dengan karya tersebut dan mengakui mempunyai "soalan bodoh" seperti sama ada pisang itu boleh menjadi busuk. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram