PENYOKONG Terengganu FC gembira apabila kelab itu menyambung kontrak pemain tengah dari Uzbekistan iaitu Nurillo Tukhstasinov sehingga Disember 2025.
Berita itu disambut baik dengan penyokong Terengganu kemudiannya mahukan kelab itu membawa masuk rakan senegara Tukhtasinov yang kini beraksi di Kedah Darul Aman FC iaitu Sukhrob Nurulloev.
Merupakan pemain sayap, Nurulloev dilihat sesuai untuk menyarung jersi hitam putih Terengganu sekiranya dia ingin menamatkan masanya bersama Kedah.
BACA LAGI: Gembira Nurillo sambung kontrak, fans TFC mahu kelab sambar import senegara di Kedah perkuat pasukan
BACA LAGI: Cemerlang sejak sertai TFC, ramai nak Nurillo sarung jersi nombor 10, jadi kapten
Pengganti duo JDT
Melihat kepada posisinya, Nurulloev dilihat sebagai pengganti ideal buat Terengganu apabila mereka perlu mencari alternatif kepada duo pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.
Dengan mereka hadir sebagai pemain pinjaman ke Terengganu, sudah pasti Safawi dan Akhyar akan pulang semula ke JDT selepas tempoh berakhir.
Safawi (kiri) dan Akhyar (kanan) akan kembali ke JDT musim depan.
Oleh itu, Terengganu boleh cuba menyambar Nurulloev sebagai pengganti. Walaupun hanya seorang, tetapi kebolehan bermain pada dua-dua bahagian sayap menjadikan Nurulloev sebagai pemain versatil.
Jika benar serius untuk menguatkan serangan, Terengganu harus memantau situasi Nurulloev di Kedah dan seandainya peluang terbuka, mereka boleh menyambar pemain itu dan membawanya ke Pantai Timur.
Sedang menuju puncak prestasi
Satu lagi sebab untuk membolehkan Terengganu membawa Nurulloev ke Pantai Timur adalah faktor usianya yang masih menuju fasa puncak prestasi.
Berusia 26 tahun, Nurulloev masih lagi mempunyai masa untuk membuktikan sesuatu mengenai persembahannya dan mampu untuk berkembang sebagai pemain.
Nurulloev masih belum mencapai 'peak' dalam kariernya.
Terengganu boleh menjadi destinasi sesuai baginya mencapai hasrat itu. Dengan pemergian Safawi dan Akhyar, ia pasti membuka ruang bagi Nurulloev mendapatkan minit permainan secukupnya.
Dengan Nurulloev akan berada pada fasa kemuncak prestasinya dalam masa beberapa tahun, ia semestinya peluang terbaik untuknya menyinar bersama-sama Terengganu.
Peluang lari dari kekusutan
Sekiranya diburu Terengganu, Nurulloev memperoleh peluang untuk lari dari kekusutan mengenai masalah gaji tertunggak yang dihadapinya bersama Kedah ketika ini.
Dengan Terengganu antara beberapa kelab yang tidak mempunyai masalah gaji di Liga Super, ia boleh menjadi destinasi baik untuknya meneruskan karier di Malaysia.
Nurulloev turut menjadi mangsa isu kewangan Kedah.
Ditambah dengan adanya Tukhtasinov, pastinya Nurulloev akan lebih mudah menyesuaikan diri kerana rakan senegaranya bersama-sama di Pantai Timur.
Secara tak langsung, ia menjadi ganjaran buat Tukhtasinov oleh pihak kelab apabila memperoleh rakan senegaranya bersama-sama selepas terus setia di Terengganu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram