Darren Lok jadi 'kapla' Sabah, fans tak puas hati taktikal Alto Linus walaupun menang


  • Podium
  • Rabu, 27 Nov 2024

Tangkap layar pergaduhan antara pemain Sabah dan PT Athletic.

TERASA kelainan di tepi padang apabila kelibat Datuk Ong Kim Swee tiada untuk memberikan arahan kepada pemain-pemain Sabah FC yang sudah selangkah ke pusingan suku akhir ketika menentang PT Athletic FC dalam perlawanan kedua pusingan ke-16 Piala Malaysia 2024 pada Rabu (27 November).

Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Kuala Lumpur itu menyaksikan Sabah turun sebagai tuan rumah dengan bekalan lebihan empat jaringan.

Manakala PT Athletic turun dalam misi untuk bangkit daripada perlawanan pertama apabila tewas dengan keputusan 0-4 pada 23 November lalu.

BACA LAGI: Kelab Singapura intai peluang sambar bintang Terengganu FC?

BACA LAGI: [VIDEO] Keputusan TMJ 'loan' 3 import tepat, prestasi semasa jadi ukuran 'booking' slot di JDT

Jurulatih interim Sabah, Alto Linus mengubah banyak kesebelasan utama Sang Badak sebelum ini apabila meletakkan Stuart Wilkin, Gary Steven Robert dan menukar penjaga gol.

Manakala PT Athletic masih mempercayai kudrat pemain-pemain senior untuk membantu mereka bagkit daripada kekalahan perlawanan lalu.

Sejak perlawanan bermula banyak dikuasai pemain-pemain Sabah dengan Gary menjadi arkitek utama Sang Badak.

Melihat gandingan Stuart dan Gary di bahagian tengah, seorang penyokong Sabah menjelaskan mungkin ini perlawanan terakhir pemain warisan England-Malaysia itu.

"Malam ini mungkin perlawanan terakhir Wilkin (Stuart) kerana kontraknya yang akan tamat tidak lama lagi."

Walaupun membariskan rata-rata pemain kebangsaan, taktikal yang diterapkan Alto Linus gagal mengulangi pencapaian Datuk Ong Kim Swee pada perlawanan pertama apabila tiada sebarang jaringan berjaya dilakukan pemain Sabah.

Separuh masa pertama kekal dengan keputusan 0-0 dengan perlawanan dikuasai oleh Sabah, manakala PT Athletic hanya melakukan serangan balas.

Bersambung babak kedua, PT Athletic melakukan beberapa pertukaran apabila memasukkan bekas penyerang TRW Kelantan, Nurshamil Abdul Ghani untuk memperkuatkan barisan serangan.

Namun pertukaran itu tidak mampu mengucar-ngacirkan pertahanan Sabah malah berlakunya insiden pergaduhan antara beberapa pemain PT Athletic dan Sang Badak.

Insiden itu bermula selepas berlakunya tarik menarik antara Daniel Ting (Sabah) dan Khairul Asyraf Ramli (PT Athletic) pada minit ke-55 sebelum Darren Lok masuk campur dalam pergaduhan itu.

WhatsApp Image 2024-11-27 at 10.32.05 PM

Tangkap layar pergaduhan antara pemain Sabah dan PT Athletic.

Pada minit ke-66, Darren menyempurnakan sepakan penalti selepas Farhan Roslan dijatuhkan oleh Abdul Latiff Suhaimi untuk meletakkan Sang Badak di hadapan.

Sabah terus garang apabila Wilkin menjaringkan gol kedua buat Sabah hasil rembatan leret ke dalam gawang gol PT PT Athletic.

Manakala penyerang import, Joao Pedro menyempurnakan malam Sabah apabila menjaringkan gol menerusi tandukan untuk memberi kelebihan buat Sang Badak dengan keputusan 3-0.

Perlawanan tamat dengan keputusan 3-0 sekali gus Sabah layak ke peringkat suku akhir dengan agregat 7-0 dengan PT Athletic menjadi pasukan pertama terkeluar daripada saingan Piala Malaysia 2024.

Walaupun berjaya memenangi perlawanan dan layak ke pusingan suku akhir, penyokong-penyokong Sabah tidak berpuas hati dengan taktikal yang diterapkan oleh Alto Linus meskipun baru mengambil alih tugas dari Kim Swee.

"Boleh tanya jurulatih interim, Alto Linus, stratergi apa yang dia guna untuk perlawanan malam ini?" soal Gerbang Perpaduan.

"Jerit-jerit juga coach, jangan diam sahaja," ujar Encik Bamz.

"Macam tiada 'mood' pemain-pemain Sabah, perlahan sangat gerakan mereka ini," jelas Santony Anjin.

Selepas ini Sabah akan bertemu sama ada Kuching City FC atau Penang FC di pusingan suku akhir Piala Malaysia 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram