SERANGAN tentera Ukraine dilaporkan mengenai kawasan tempat letak kereta di lapangan terbang Rusia, tetapi tidak dipastikan sama ada terdapat pesawat tempur di kawasan itu semasa peluru berpandu mengenai sasarannya.
Gabenor Kursk, Alexei Smirnov, memuat naik di Telegram bahawa peluru berpandu Ukraine telah dimusnahkan berhampiran sempadan Oblast Kursk.
Smirnov juga menyatakan di Telegram bahawa Ukraine melancarkan tujuh peluru berpandu, dan tujuh dron telah ditembak jatuh oleh tentera Rusia.
BACA LAGI: Fasa akhir pembinaan LCS pertama dijangka siap Disember
BACA LAGI: Lebih 95 peratus pelajar TVET lebih mudah dapat kerja berbanding lulusan IPT — TPM
Menurut media, Rusia Novye Izvestia, kawasan kejadian, yang dahulunya merupakan lapangan terbang komersial, adalah salah satu daripada lapangan terbang di selatan Rusia yang ditutup dan dijadikan tapak ketenteraan selepas perang bermula pada Februari 2022.
Selain mensasarkan lapangan terbang tentera itu pada awal pagi Selasa, Ukraine turut menyerang tapak pengeluaran peluru berpandu Rusia, kilang Typhoon, di barat Rusia.
Kilang itu, terkenal dengan menghasilkan komponen untuk sistem pertahanan udara, kenderaan tempur, dan sistem pantai, diserang oleh peluru berpandu Ukraine.
Ini bukan kali pertama Ukraine menggunakan peluru berpandu ATACMS buatan Amerika Syarikat (AS) terhadap Rusia, selepas mereka menyasarkan depot peluru Rusia di Oblast Bryansk minggu lalu.
Ia tidak lama selepas Presiden Joe Biden memberi kebenaran kepada Ukraine untuk menggunakan senjata jarak jauh untuk melancarkan serangan jauh di Rusia.
Ukraine juga menggunakan peluru berpandu Storm Shadow buatan British-Perancis, untuk menyerang pangkalan tentera Rusia di Kursk minggu lalu.
Rusia berikrar untuk memberi respons yang "lebih kuat".
Kebenaran daripada Biden telah meningkatkan ketegangan antara Rusia dan Ukraine, dan kedua-dua negara telah melancarkan serangan balas terhadap satu sama lain sejak minggu lalu.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menerusi satu kenyataan di laman X menyatakan Rusia melancarkan "hampir 150 dron serangan, bom udara, dan peluru berpandu, menyasarkan lebih 10 wilayah kami" pada awal pagi Selasa.
Beliau menambah: "Operasi tempur masih berlangsung terhadap sasaran udara yang masih berada di udara."
Zelensky menyatakan bahawa Kharkiv, Odesa, dan Zaporizhzhia turut terkena serangan Rusia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram