'Bukan semua tahu beli online', fans Sri Pahang kecewa tiada jualan tiket fizikal di Stadium MBPJ


  • Podium
  • Rabu, 27 Nov 2024

Penyokong-penyokong Sri Pahang jelas tidak berpuas hati dengan penjualan tiket secara online.

PENYOKONG Sri Pahang FC jelas kecewa dengan pihak pengurusan Selangor FC dalam cara penjualan tiket kerana hanya menyediakan platform pembayaran atas talian untuk menyaksikan perlawanan timbal balik pusingan ke-16 Piala Malaysia 2024 pada 1 Disember nanti.

Luahan penyokong-penyokong Sri Pahang itu diluahkan di ruangan media sosial rasmi pasukan sejurus pengumuman penjualan tiket itu pada Isnin (25 November).

Pihak pengurusan Selangor juga hanya menyediakan 800 keping tiket untuk penyokong Sri Pahang bagi menyaksikan perlawanan itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.

BACA LAGI: Kelab Singapura intai peluang sambar bintang Terengganu FC?

BACA LAGI: [VIDEO] Ukraine lancar misil buatan AS, serang lapangan terbang Rusia

"Maknanya dekt stadium tak boleh beli tiket? Kena beli online? Tak semua pandai beli online," kata Rafiqi Anuar.

"Kalau nak tiket pakai online, tak perlu tengok duduk dekat rumah lagi senang, kau orang malas nak jual tiket menyusahkan orang sahaja," ujar Bahrun Abdullah.

"Baik tengok 'live' sahaja, jimat duit. Hujan pun tak kena basah," luah Muhammad Khairi.

Selain itu, ada juga segelintir penyokong Sri Pahang mempersoalkan kuota tiket yang disediakan oleh pasukan tuan rumah.

"800 keping sahaja dapat?" soal seorang penyokong.

"Sikitnya macam mana nak pergi? Elephant Army dah 500 orang," ujar Mohd Ashraf.

Untuk pengetahuan umum, sejak beberapa musim kebelakangan ini pihak pengurusan Selangor hanya menjual tiket secara atas talian bagi memudahkan urusan penyokong supaya tidak perlu beratur dan menunggu kuota habis.

Dalam perlawanan pertama pusingan ke-16 Piala Malaysia 2024, Selangor berjaya mengikat Sri Pahang dengan keputusan 1-1 meskipun keadaan permukaan padang tidak berada dalam kondisi yang baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram