Bukan setakat pemain lokal, Liga Super Bola Keranjang buka peluang bintang luar negara cuba nasib


  • Podium
  • Sabtu, 23 Nov 2024

Pengasas Liga Super Bola Keranjang, Tengku Muhammad Amir Tengku Abu Bakar (kiri).

LIGA Super Bola Keranjang yang dinanti-nantikan bakal membuka tirainya bermula pada pertengahan Disember 2024 dan sehingga awal Mac 2025.

Sebagai persediaan pramusim, pihak pengurusan mengadakan Hari Draf Pemain yang menyaksikan 90 pemain bola keranjang berentap untuk merebut peluang menyertai liga dengan kehadiran 24 wakil pengurusan pasukan yang sudahpun membuat pilihan terbaik mereka.

Sebanyak enam pasukan akan berentap dalam saingan Liga Super Bola Kerajang iaitu Shah Alam Titans, Melaka City Venom, Seremban Scorekeys, Ipoh City Cyclones, Precint 11 Juggernaut dan Kota Bharu Blade.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas orang kuat Jose Mourinho calon paling sesuai duduk kerusi no.1 Selangor FC

BACA LAGI: [VIDEO] 'Faisal Halim is back', jaringan latihan berkelas dunia ubat kerinduan penyokong

Pada masa sama, pengasas Liga Super Bola Keranjang, Tengku Muhammad Amir Tengku Abu Bakar juga berkongsikan lebih lanjut mengenai Hari Draf Pemain yang diadakan pada Sabtu.

Amir berkata, menariknya acara sulung tersebut, pihak pengurusan kelab sendiri yang akan memilih pemain terbaik mereka untuk membantu pasukan masing-masing.

“Hari Draf Pemain untuk Liga Super Bola Kerajang adalah hari kita memilih pemain. Sebelumnya, kebanyakan pasukan memilih pemain mereka sendiri, namun kali ini berbeza kerana kami memberi peluang kepada pasukan untuk mencari atau menilai pemain melalui senarai yang kami sediakan.

“Pasukan-pasukan akan memilih pemain berdasarkan pilihan yang ada, dan pemain-pemain tersebut perlu mengikut pilihan pasukan mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Hari Draf Pemain di Dewan Semarak, Cyberjaya, Selangor pada Sabtu.

Menurut Amir, dalam acara yang julungnya kalinya diadakan di Malaysia itu bakal menyaksikan bukan sahaja pemain tempatan beraksi malah terdapat 11 pemain luar negara yang akan memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

“Untuk Liga Super Bola Keranjang, kami memperkenalkan kategori terbuka yang jarang ditemui dalam liga bola keranjang di Malaysia iaitu memberi peluang kepada pemain luar negara.

“Namun kali ini, kami memberi peluang kepada semua pemain tanpa mengira latar belakang untuk menyertai acara tersebut,” ujarnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram