Amorim dapat lampu hijau jual bintang 'overrated' era Ten Hag


  • Podium
  • Selasa, 19 Nov 2024

Sebahagian sesi latihan Amorim bersama Machester United. — Agensi

KETUA Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim bersedia untuk menjual pemain sayap, Antony menjelang jendela perpindahan Januari nanti.

Walaupun Antony dibeli dengan harga tinggi pada zaman Erik ten Hag namun pemain sayap Brazil itu gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan bersama kelab menyebabkan keputusan untuk menjualnya dibuat.

Dalam 87 perlawanan di semua pertandingan, Antony hanya menjaringkan 12 gol dan memberikan lima bantuan gol.

BACA LAGI: 'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?

BACA LAGI: Belasah Machan FC 10-1, KL Rovers tarik diri bertemu JDT?

lcimg-9458274f-4caa-42a6-9abf-a217728f0585

Pemain sayap Manchester United, Anthony.

Oleh itu, Manchester United mungkin bersedia untuk menjualnya pada jendela perpindahan Januari jika ada tawaran yang menarik.

Dalam masa sama, Amorim difahamkan berhasrat untuk membawa pemain muda Portugal, Geovany Quenda sebagai pilihan utama untuk menggantikan posisi Anthony.

Hal ini kerana, Amorim percaya bahawa Quenda lebih daripada mampu untuk menjadi kejayaan besar di United kelak.

Sementara itu, Antony mungkin perlu mencari peluang baharu di luar Manchester, selepas kehilangan tempat dalam pasukan utama akibat isu sikap dan pengaruh negatif dalam latihan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram