Malaysia bangkit isu pelarian Rohingya ketika Pengerusi Asean 2025 — Menteri Luar


  • Primer
  • Selasa, 19 Nov 2024

Menurut Menteri Luar, bantuan kemanusiaan untuk rakyat Myanmar akan terus diberi penekanan dan keutamaan tanpa diskriminasi.

MALAYSIA sebagai negara Asean dengan jumlah pelarian Myanmar terbanyak terutamanya dari etnik Rohingya akan memanfaatkan kedudukan sebagai Pengerusi Asean pada 2025 untuk menangani krisis kemanusiaan ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menteri Luar itu berkata, Malaysia akan terus menyoroti kesengsaraan pelarian berkenaan dan menyokong respon serantau yang lebih pragmatik.

“Sebagai Pengerusi Asean pada 2025, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memimpin usaha-usaha Asean dalam menangani krisis di Myanmar.

“Usaha ini akan terus berlandaskan Konsensus Lima Perkara (5PC) seperti yang dipersetujui oleh para pemimpin Asean pada April 2021,” katanya dalam satu jawapan bertulis kepada Datuk Mumtaz Md Nawi (PN Tumpat).

BACA LAGI: Amorim dapat lampu hijau jual bintang 'overrated' era Ten Hag

BACA LAGI: 'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?

Safety at last: Search and rescue members evacuating Rohingya refugees from a boat after a week anchored ashore off the coast of Labuhan Haji in Southern Aceh province. — AFP

Pelarian Rohingya bersama anggota penyelamat.

Tambahnya lagi, bantuan kemanusiaan untuk rakyat Myanmar akan terus diberi penekanan dan keutamaan tanpa diskriminasi.

Beliau turut berkata, Malaysia tetap komited untuk meneruskan usaha penyelesaian damai di Myanmar dan akan berusaha untuk berunding dengan pihak berkepentingan di Myanmar bagi dialog politik yang inklusif untuk mencapai penyelesaian yang damai dan lestari.

Di samping itu, beliau juga berkata, proses pemindahan semula pelarian oleh Pertubuhan Antarabangsan untuk Migrasi (IOM) dan UNHCR adalah mekanisme penting bagi pelarian untuk berpindah ke negara ketiga.

“Sehingga 31 Ogos 2024, IOM berjaya memindahkan semula 4,774 pelarian ke negara ketiga.

“Daripada jumlah ini, 3,384 individu atau 70 peratus adalah pelarian Myanmar yang dipindahkan ke Amerika Syarikat, Australia, Kanada, New Zealand, Perancis, Jepun, Korea Selatan, Great Britain, Norway dan Filipina,” katanya.

Mumtaz telah bertanya mengenai rancangan Malaysia sebagai Pengerusi Asean tahun depan mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Myanmar, termasuk pertimbangan untuk memindahkan pelarian Myanmar ke pulau-pulau yang dibiayai oleh negara ketiga, UNHCR, dan Asean.

Menurut laporan Reuters, Malaysia pada masa ini tidak mempunyai sistem untuk memproses permohonan suaka dan kebanyakan pelarian Rohingya dianggap sebagai pendatang tanpa dokumen.

Ini bermakna ramai yang berisiko ditangkap sebagai pendatang haram dan tidak dibenarkan untuk bekerja secara sah. — The Star/HO JIA WEN/ARFA YUNUS/TEH ATHIRA YUSOF

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram