PERLAWANAN kedua bagi aksi Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia melibatkan Sabah FC bertemu PT Athletic FC akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 27 November.
Menurut Pengurus Besar Sabah FC, Mohd Joh Wid, Stadium Likas tidak dapat digunakan kerana menjadi venue bagi South East Asean (SEA) Youth Athletic Championship 2024.
Perkara tersebut dikongsikan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook, Sabah Football Club pada Selasa.
BACA LAGI: Amorim dapat lampu hijau jual bintang 'overrated' era Ten Hag
BACA LAGI: 'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sabah FC berhubung perlawanan kedua yang akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. — Facebook/Sabahfc
“Tiket fizikal akan mula dijual semasa hari perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras bermula 12.00 tengahari manakala semua pas bermusim boleh digunakan di pintu utama stadium.
“Perlawanan akan bermula pada pukul 8.30 malam dan Sabah FC memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” kata Joh Wid.
Dalam masa sama, Joh Wid berharap agar penyokong setia Sang Badak yang berada di Semenanjung Malaysia dapat hadir bagi memberikan sokongan kepada pasukan yang berpangkalan di Borneo itu.
"Saya berharap agar semua penyokong setia yang berada di Semenanjung Malaysia khususnya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dapat hadir bersama-sama memberikan sokongan padu kepada skuad badak," katanya.
Bagi perlawanan pertama, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu akan bertemu PT Athletic tepat pukul 5 petang Sabtu di venua sama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram