PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tersingkir daripada Japan Masters 2024 selepas tewas kepada musuh lamanya, Jonatan Christie dengan keputusan 21-12, 18-21, 18-21 dalam perlawanan suku akhir yang sengit.
Pemain nombor tujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam pertarungan tiga set di tangan wakil Indonesia yang juga pemain ranking nombor enam dunia itu.
Kemenangan tersebut mencatatkan kemenangan keenam Jonatan dalam 11 pertemuan mereka di kejohanan antarabangsa.
BACA LAGI: Akui berdepan tugas berat bertemu Selangor, Fandi Ahmad taruh harapan di bahu Kpah Sherman
Sementara itu, beregu muda lelaki negara, Tan Wee Kiong dan Nur Mohd Azriyn Ayub meneruskan momentum positif apabila meraih tiket ke separuh akhir selepas menumpaskan gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin dalam aksi suku akhir secara straight set.
Mereka sebelum ini mengejutkan juara Terbuka China yang juga rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada pusingan kedua dengan memulakan set pertama dengan langkah kanan menerusi kemenangan 21-19.
Azriyn-Wee Kiong kemudian tidak menoleh ke belakang lagi apabila mengesahkan kemenangan 21-19 dalam tempoh 33 minit permainan pada kejohanan berstatus Super 500 itu.
Dengan kemenangan itu, beregu negara itu akan menentang pilihan keenam dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi bagi perebutan tiket ke final pada Sabtu.
Pasangan dari Jepun itu mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Jin Yong dan Seo Seung-jae 21-10, 21-14 dalam satu lagi aksi suku akhir. — The Star/R.KIRUBASHINI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram