Bukan setakat Asia, Eropah kini semakin ramai bintang badminton


  • Podium
  • Selasa, 29 Okt 2024

Alex Lanier adalah prospek hangat badminton Perancis.

LAZIMNYA sukan badminton dikuasai oleh negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, China dan juga Jepun.

Namun begitu, kebangkitan badminton di Eropah semakin ketara. Sebelum ini, mereka tidak mengambil serius sukan ini tetapi tahun demi tahun muncul pemain-pemain menyerlah yang mampu mencabar jagoan Asia.

Mungkin nama-nama seperti Victor Axelsen, Anders Antonsen dan Carolina Marin sudah dikenali pengikut badminton. Fokus kali ini kita tumpukan kepada bintang badminton Eropah lain yang mungkin anda terlepas pandang.

BACA LAGI: 'Lama tunggu peluang begini', bekas pemain negara hampa badminton tak dipilih ke Sukan Komanwel

BACA LAGI: Kelab-kelab badminton boleh mula bersatu, anjurkan pertandingan bantu pembangunan pemain

Alex Lanier (Perancis)

Nama ini adalah 'ubi' Eropah yang dilihat mampu meneruskan legasi Axelsen dalam masa beberapa tahun mendatang.

Alex Lanier merupakan pemain perseorangan lelaki dari Perancis berusia 19 tahun dan sudah memenangi beberapa kejohanan Jelajah Dunia BWF seperti Terbuka Jepun, Terbuka Luxembourg dan tempat ketiga Terbuka Denmark.

456828595_826672816279716_315540744866399690_n

Lanier menampilkan persembahan baik dalam Jelajah Dunia BWF.

Masih lagi muda dan antara sandaran baharu badminton Eropah, tidak terkejut sekiranya Lanier bersaing dengan lawan-lawannya dari Asia untuk tahun-tahun mendatang jika berjaya mengekalkan prestasi dan mengelak kecederaan serius.

Lanier kini berada di kedudukan 15 dunia dan berkemungkinan tidak dapat menyertai Jelajah Dunia BWF kerana faktor ranking.

Ben Lane-Sean Vendy (England)

Selain mempunyai gandingan beregu lelaki mantap seperti Kim Astrup-Anders Rasmussen dari Denmark, Eropah turut mempunyai pasangan beregu lelaki berkualiti dari England iaitu Ben Lane-Sean Vendy.

Gandingan yang sebaya dengan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin itu musim ini mencatatkan satu kejuaraan apabila memenangi Terbuka Switzerland.

LaneVendy800500

Pasangan England ini antara tiga beregu lelaki terbaik di Eropah.

Mereka merupakan pemenang pingat perak ketika temasya Sukan Eropah 2023 selepas tewas kepada Astrup-Rasmussen. Sebagai rekod, Sukan Eropah merupakan temasya serupa dengan Sukan Asia disertai Malaysia setiap empat tahun.

Sama seperti Lanier, pasangan ranking ke-13 dunia itu hampir pasti tidak ke Jelajah Dunia BWF kerana faktor kedudukan mereka.

Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva (Bulgaria)

Buat masa sekarang, Eropah tidak mempunyai wakil yang dianggap cemerlang dalam kategori beregu wanita.

Nama yang terbaik buat masa ini adalah pasangan Bulgaria iaitu Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva yang menduduki tangga ke-15 dunia.

31946438_10155328907571316_4705732144213786624_n

Pasangan Stoeva adalah beregu wanita terbaik di Eropah ketika ini.

Gandingan adik-beradik ini memenangi beberapa kejohanan musim ini dengan rata-ratanya di Eropah seperti Kejohanan Antarabangsa Azerbaijan, Kejohanan Badminton Antarabangsa Wales dan Kejohanan Antarabangsa Bulgaria.

Dengan masing-masing berusia menghampiri 30-an, sudah tiba masa untuk beregu wanita Eropah yang lain bangkit dan memastikan cabaran benua itu dalam dunia badminton tidak terus sepi selepas pasangan Stoeva menggantung raket. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram