'Siang tukang kayu, malam jadi along,' gaji RM2,500 tak cukup, warga Bangladesh tergamak jadi lintah darat


  • 112
  • Selasa, 19 Nov 2024

Mereka menjalankan aktiviti ‘sambilan’ yang menguntungkan dengan menawarkan pinjaman sesama mereka khususnya kepada rakan senegara yang memerlukan bantuan untuk menghantar wang kepada keluarga di Bangladesh. — Gambar hiasan

ENAM warga Bangladesh yang bekerja di sebuah kilang perabot di Malaysia dilaporkan terlibat dalam kegiatan pemberian pinjaman haram kepada rakan senegara mereka meskipun meraih pendapatan RM2,500 sebulan.

Dipercayai, mereka akan bekerja sebagai pembuat perabot pada siang hari dan meneruskan kerja ‘sambilan’ pada waktu malam.

Mereka menjalankan aktiviti ‘sambilan’ yang menguntungkan dengan menawarkan pinjaman sesama mereka khususnya kepada rakan senegara yang memerlukan bantuan untuk menghantar wang kepada keluarga di Bangladesh.

BACA LAGI: Amorim dapat lampu hijau jual bintang 'overrated' era Ten Hag

BACA LAGI: 'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?

6162541c2f98a

Enam warga Bangladesh itu mengenakan kadar faedah yang tinggi kepada peminjam. — Gambar hiasan

Menurut sumber, peminjam wang haram terbabit mula memberikan pinjaman antara RM100 hingga RM2,000 dengan kadar faedah yang tinggi dan mengawal kad ATM mangsa untuk membuat pengeluaran apabila gaji diterima.

Difahamkan, keenam-enam suspek terbabit mampu memberikan pinjaman kepada puluhan pekerja Bangladesh.

Bagaimanapun, aktiviti mereka terbongkar melalui operasi khas yang dilakukan oleh polis dan beberapa individu telah ditahan kerana terlibat dalam kegiatan tersebut.

Seorang suspek yang berjaya ditahan ketika menggunakan kad ATM milik pekerja lain untuk membuat pengeluaran telah membawa pihak polis kepada suspek-suspek lain yang mana menyaksikan pihak berkuasa merampas sekurang-kurangnya RM170,000, telefon bimbit, dan 187 kad ATM.

Seorang pegawai Bukit Aman yang mengesahkan penahanan itu berkata, semua peminjam wang haram yang ditangkap di Johor sedang disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Peminjam Wang 1951, yang memperuntukkan denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — The Star/NELSON BENJAMIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram