Berlatih sambil lewa ketika era ten Hag, Casemiro dan Marcus Rashford cuba ‘bodek’ Ruben Amorim


  • Podium
  • Selasa, 19 Nov 2024

Casemiro (kiri) dan Rashford sudah tentu mahu berada dalam kesebelasan utama bagi aksi pertama Amorim bersama The Red Devils. — Agensi

TUGASAN berat menanti Ruben Amorim bersama Manchester United apabila mereka akan berdepan Ipswich Town pada 25 November depan di tempat lawan dengan ia merupakan perlawanan pertamanya.

Meskipun pasukan London itu bergelut, kualiti Liga Perdana Inggeris (EPL) membuatkan kesemua pertembungan sukar, lebih-lebih lagi buat pengurus muda yang masih mentah tersebut.

Bagaimanapun, persiapan terbaik sudah diterapkan dengan jurulatih kelahiran Portugal itu sudah berkesempatan mengendalikan latihan pertama bersama skuad The Red Devils.

BACA LAGI: Amorim dapat lampu hijau jual bintang 'overrated' era Ten Hag

BACA LAGI: Dulu bersama KL City, kini bekas pembantu jurulatih sertai Ruben Amorim di Man United

WhatsApp Image 2024-11-19 at 9.00.13 PM

Amorim akan mengendalikan perlawanan pertamanya bersama Manchester United tidak lama lagi. Agensi

Sesi tersebut boleh dikatakan berjalan lancar kerana dua bintang pasukan, Marcus Rashford dan Casemiro cukup berpuas hati dengan perbezaan yang diterapkan Amorim.

Perkara itu dikongsikan di media sosial masing-masing yang membuatkan penyokong Manchester United ternanti-nanti perubahan bakal dibawa dalam perlawanan akan datang.

Namun, ada yang beranggapan kedua-dua pemain itu cuba mencuri hati jurulatih muda berkenaan kerana berdasarkan laporan terdahulu, mereka pernah dikatakan enggan berlatih dengan baik ketika di bawah bimbingan Erik ten Hag.

Tindakan itu diambil sebagai tanda mogok terhadap pengurus kelahiran Belanda tersebut yang terlalu kasar dan tidak memberi kelonggaran terhadap anak-anak buahnya sepanjang kira-kira tiga musim di kelab EPL terbabit.

WhatsApp Image 2024-11-19 at 9.00.45 PM

Sesetengah pemain dilaporkan melancarkan gerakan boikot terhadap Ten Hag. Agensi

Selain itu, bekas pengurus Ajax tersebut mempunyai reputasi kurang memberangsangkan dalam bilik persalinan sehingga menyukarkan keharmonian terbentuk dalam kalangan pemain.

Jadi, dalam usaha mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama, Casemiro dan Rashford sudah tentu mahu mencuri hati Amorim yang masih belum menetapkan kesebelasan terbaik buat Manchester United.

Melihat kepada prestasi musim ini, kedua-dua pemain itu belum berada pada prestasi terbaik sehingga menyaksikan mereka kerap digugurkan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran wajah-wajah baharu seperti Manuel Ugarte. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram