[VIDEO] 'Dah macam Pep Guardiola', fans puji pengurus Selangor Pistons pertahan hak pasukan


  • Podium
  • Isnin, 18 Nov 2024

Sebahagian aksi menarik yang ditampilkan oleh perejam Selangor Pistons (tengah) yang cuba melibas bola rotan itu ke gelanggang lawan. — Facebook/STL

PENYOKONG sepak takraw tanah air menyifatkan Pengurus Selangor Pistons, Syahril Mohd Rashid sama seperti pengendali Manchester City, Pep Guardiola kerana sifatnya yang penuh kontroversi.

Nama Syahril menjadi bualan ramai sepanjang saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024, dari peringkat STL hingga ke Champions Cup.

Keberaniannya dalam mengemukakan pandangan terutama ketika berdepan dengan keputusan yang tidak memuaskan menjadikan dia sering disebut-sebut oleh peminat bola rotan.

BACA LAGI: 'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?

BACA LAGI: Belasah Machan FC 10-1, KL Rovers tarik diri bertemu JDT?

Meskipun sering terpalit dengan kontroversi yang melibatkan pasukannya itu, ramai penyokong memuji tindakan yang dilakukan oleh Pengurus Pusat Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall berkenaan.

Perkara tersebut direstui oleh salah seorang penyokong bola rotan, Norizwan Azlan yang berkongsikan pandangan peribadinya mengenai pengurus Selangor Pistons di laman Facebook miliknya.

Menurutnya, Syahril Rashid merupakan seorang jurulatih yang sangat berani dalam mempertahankan hak pasukannya walaupun sering dilihat membantah keputusan pengadil, tindakannya sebenarnya adalah demi memastikan pasukan mendapat keadilan yang sewajarnya.

"Sebagai jurulatih, dia bukan sahaja melindungi pemain, tetapi juga memastikan mereka Berasa dihargai dan diperjuangkan, terutamanya apabila keputusan yang tidak adil berlaku.

"Sikap tegas dan tidak peduli terhadap ejekan membuktikan bahawa bagi Syahril, yang lebih penting adalah perjuangan untuk pasukannya, bukan pendapat orang luar.

"Dengan sikap seperti ini, dia adalah aset penting bagi pasukan yang memerlukan jurulatih yang sentiasa berjuang untuk hak dan kesejahteraan pemain," katanya.

Tambahnya lagi, walaupun dari luaran Syahril mungkin dilihat 'koyak' kerana membantah keputusan pengadil, sebenarnya tindakannya itu adalah untuk menegakkan hak pasukannya dan menjaga moral pemain-pemainnya.

"Dia sedar jika pemain kehilangan keyakinan, prestasi mereka akan terjejas. Meskipun kelihatan garang apabila tidak berpuas hati, Syahril sebenarnya seorang jurulatih yang memberi nasihat dengan tenang kepada pemainnya.

"Selangor Pistons beruntung mempunyai jurulatih seperti Syahril, yang bukan sahaja melindungi mereka tetapi juga berjuang untuk hak mereka. Apabila tiada orang lain yang akan mempertahankan pasukan, Syahril adalah individu yang sanggup berdiri teguh untuk memastikan pasukannya mendapat apa yang wajar," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Selangor Pistosn berjaya meraih tempat ketiga dalam saingan STL Champions Cup selepas menewaskan Perak Bison 12-15, 15-13, 15-13. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram