'Harap padang tak buat hal', PSM dinasihat tambah baik SNBJ sebelum Piala AFF


  • Podium
  • Selasa, 19 Nov 2024

PSM dinasihatkan jangan memandang enteng dalam mempersiapkan SNBJ terutama menambah baik keadaan padang.

TEKA-TEKI mengenai venue perlawanan Piala AFF 2024 akhirnya terjawab selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan menjadi rumah rasmi Harimau Malaya untuk kejohanan berkenaan.

Memetik Buletin TV3, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan perkara itu apabila Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan melakukan persiapan rapi bagi kesemua perlawanan Harimau Malaya di venue tersebut.

Noor Azman berkata, keputusan itu menamatkan segala spekulasi yang menyatakan aksi Harimau Malaya bagi kejohanan Piala AFF akan berlangsung di luar Lembah Klang termasuk Sabah dan Sarawak.

BACA LAGI: Bojan Hodak sayangkan Indonesia? 4 jurulatih negara Balkan calon sesuai buat Terengganu FC, Selangor FC

BACA LAGI: Pep Guardiola senyap-senyap bincang tugas besar lepas keluar Man City

Pemilihan SNBJ sebagai gelanggang rasmi sudah tentu disukai penyokong Harimau Malaya susulan rata-ratanya tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk menyokong skuad kebangsaan sekiranya dibuat di luar Lembah Klang.

Bagaimanapun, PSM dinasihatkan jangan memandang enteng dalam mempersiapkan SNBJ terutama menambah baik keadaan padang yang sebelum ini pernah digunakan untuk konsert melibatkan artis antarabangsa.

isi dalam dalam dalam dalam

Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi pilihan FAM bagi kejohanan Piala AFF pada bulan depan.

"Tolonglah buat pemantauan kerap ke atas padang sehingga sebelum perlawanan. Malulah pasukan pelawat asyik kompelin pasal keadaan padang perlawanan. SNBJ itu keras sedikit," kata penyokong domestik, Ramadan Mohamad.

"Harap padang janganlah buat hal ini berlawan dengan pasukan macam Thailand nanti," tambah penyokong Harimau Malaya, Ben Azri.

"Selia betul-betul rumput itu dulu, jangan buat hal pula nanti," ujar penyokong Harimau Malaya, Ismail Wahab.

Ia bukan hanya mengenai maruah Malaysia di mata dunia, malah keadaan padang yang tidak mengizinkan juga boleh mengundang kecederaan kepada pemain tanah air mahupun tonggak pasukan lawan.

Seperti ketika aksi Pestabola Merdeka 2024, Dominic Tan menjadi mangsa yang mengalami kecederaan akibat keadaan padang kurang memuaskan sehingga terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua perlawanan.

Dalam pada itu, mengikut rekod skuad Harimau Malaya berdepan laluan sukar dalam usaha menamatkan kemarau 14 tahun saingan AFF 2024 selepas diundi bersama juara bertahan, Thailand dalam Kumpulan A.

Pasukan kendalian Pau Marti Vicente bakal berdepan tugas getir apabila turut diundi bersama pemenang Piala AFF empat kali, Singapura selain skuad Kemboja dan Timor Leste.

Kejohanan yang memasuki edisi ke-15 itu dijadualkan berlangsung pada bulan depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram