POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan rombakan melibatkan 21 pegawai kanan yang akan berkuat kuasa pada 16 Disember 2024.
Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah dalam satu kenyataan pada Isnin (18 November) memaklumkan bahawa Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.
Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, akan memegang jawatan baharu sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).
BACA LAGI: Sebutan kes wanita didakwa bunuh pelajar UiTM Dungun pada 18 Disember
BACA LAGI: Status pekerjaan, tanggungan antara panduan rangka semula subsidi RON95 — Fuziah Salleh
Sementara itu, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, dipindahkan untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
Asisten Komisioner (ACP) Che Bokhari Mohamad @ Ab Hamid, yang kini Ketua Inspektorat Kejuruteraan Pasukan Gerakan Udara (PGU) JKDNKA Bukit Aman, dilantik sebagai Timbalan Komander (Kejuruteraan) PGU JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
Selain itu, ACP Zaman Shah Omar, Ketua Operasi Penerbangan PGU JKDNKA Bukit Aman, dilantik ke jawatan baharu sebagai SAC Gerakan, Bahagian Gerakan JKDNKA Bukit Aman.
Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) (Kepolisan Am/Strategik/Siasatan) JKDNKA Bukit Aman, ACP Shamsol Kassim, kini akan bertugas sebagai Komander PPM JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
Pegawai Turus E3A1 Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Goh Saw Khim, dipindahkan untuk memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah E5, Cawangan Khas Bukit Aman, dengan memangku pangkat SAC.
Sementara itu, ACP Gurcharan Singh Udham Singh, yang kini Urus Setia Cawangan Khas Bukit Aman, dilantik sebagai Penolong Pengarah E9, Cawangan Khas Bukit Aman, juga dengan memangku pangkat SAC.
Pertukaran lain termasuk ACP Mohd Zaki Ashar dari Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) JSJN Bukit Aman ke Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
Datuk Kamaruzaman turut menyebut, ACP Muhamad Tarmizi Awang, Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Persatuan/Syarikat) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah dengan memangku pangkat SAC.
Selain itu, Superintendan Maria Anak Rasid, Ketua JSJK Sarawak, kekal di jawatan semasa tetapi dinaikkan pangkat sebagai ACP.
Superintendan Sibie Anak Ribot, Ketua Inspektorat Kejuruteraan Mekanikal PGU JKDNKA Bukit Aman, kini akan bertugas sebagai ACP Ketua Inspektorat Kejuruteraan PGU JKDNKA Bukit Aman.
Superintendan Mat Zailani Budin, dari E3A3/A Cawangan Khas Bukit Aman, dipindahkan sebagai Pegawai Turus E3A1 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.
Pengumuman ini merupakan langkah penyusunan semula untuk memperkukuh struktur organisasi PDRM. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram