Negeri Sembilan Antlers pertahan gelaran, juara STL Champions Cup 2024


  • Podium
  • Ahad, 17 Nov 2024

Negeri Sembilan Antlers berjaya mempertahankan STL Champions Cup yang dimenangi mereka edisi tahun lalu.

NEGERI Sembilan Antlers cipta sejarah apabila mempertahankan kejuaraan Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Champions Cup 2024 yang dimenangi mereka musim lalu selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) Thunder dengan straight set 17-15, 15-10 di Stadium MBSJ, Serdang Jaya pada Ahad (17 November).

KL Thunder yang menjejak kaki di pentas final buat kali ketiga selepas edisi 2020,2021-2022 mempertaruhkan Syahir Rosdi (Tekong), Redwan Hakim Muhammad (Apit Kanan) dan Amirul Zazwan Amir (Apit Kiri) untuk memulakan aksi di Stadium MBSJ dengan sangat agresif.

Begitupun, Antlers yang mencipta kejutan ketika mengatasi Selangor Pistons dalam aksi separuh akhir pada Sabtu (16 November) membariskan Haziq Hairul Nizam (Tekong), Zulefendi Sumari (Apit Kiri) dan Hafizul Hayazi Adnan (Apit Kanan) kembali menyusun rejaman padu untuk mendahului saingan dan membolot set pertama 17-15.

BACA LAGI: Rekod terdahulu bikin fans yakin NS Antlers mampu beri kejutan, pertahan gelaran Champions Cup

BACA LAGI: Tersingkir dari STL Champions Cup, fans Perak Bison mula rindui tekong import musim lalu

Skrip set kedua menjadi semakin rancak terutama dalam KL Thunder yang tentunya ingin mengheret saingan ke set ketiga apabila mendahului 10-8 sebelum Antelrs bangkit mengejar bagi mengikat 10-10.

Usaha KL Thunder dihampakan dengan beberapa kesilapan mudah dan servis yang kurang kemas memberi mata kemenangan mudah buat Antlers.

Ini juga merupakan kali keempat juara kedua-dua kejohanan utama STL iaitu Liga Premier dan Champions Cup dimenangi dua pasukan berbeza.

Sementara itu, Selangor Piston mengubat duka dengan menjamin tempat ketiga selepas mengalahkan Perak Bison juga dengan rubber set. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram