[VIDEO] Dari STL ke Champions Cup, mutu pengadil termasuk penjaga garisan masih ‘spoil’ mood fans takraw


  • Podium
  • Jumaat, 15 Nov 2024

Sebahagian aksi apabila dua pemain Royal Thai Air Force cuba menahan rejaman daripada perejam Perak Bison (tengah). — Facebook/STL

PERLAWANAN antara Perak Bison bertemu Royal Thai Air Force Takraw Club dalam saingan Liga Sepak Takraw Champions Cup 2024 dicemari dengan keputusan kotroversi daripada pengadil perlawanan.

Berlangsung di Stadium MBSJ, Serdang Jaya, Selangor itu menyaksikan pasukan tuan rumah, Perak Bison berjaya membenam cabaran wakil kelab Thailand itu dengan keputusan 15-12,9-15,15-8.

Dalam aksi itu, Royal Thai Air Force dibarisi oleh pemain kebangsaan Thailand, Siriwat Sakha (tekong), Wichan Temkort (pengumpan) dan Phutawan Sopa (perejam). Manakala, Dzafril Anuar mempertaruhkan Kritsada Sungvung (tekong), Aidil Aiman (pengumpan) dan Noraizat Nordin (perejam) buat pasukan Perak Bison.

BACA LAGI: Akui berdepan tugas berat bertemu Selangor, Fandi Ahmad taruh harapan di bahu Kpah Sherman

BACA LAGI: [VIDEO] Dari Selatan ke Utara, tekong berbisa negara hargai keberanian, kepercayaan Perak Bison

Menariknya aksi tersebut, kedua-dua pasukan menampilkan persembahan yang cukup memukau apabila masing-masing saling berbalas rejaman dan libasan.

Namun, kemeriahan aksi tersebut dicemari dengan insiden kurang menyenangkan apabila keputusan pengadil menjadi perbalahan penyokong bola rotan itu.

Hal ini kerana, beberapa keputusan pengadil telah menimbulkan keraguan dalam kalangan penyokong sepak takraw tempatan apabila tidak memberikan mata kepada wakil Thailand meskipun jelas bahawa poin tersebut sepatutnya diberikan kepada pasukan tersebut.

Mereka juga berpendapat bahawa perlawanan tersebut sepatutnya dijalankan dengan adil, memandangkan ia melibatkan beberapa pasukan jemputan yang boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai tuan rumah.

"Aku boleh kata mutu pengadilan lemah, bukan nak defend RTAF tapi kita nak saksikan game macam mereka lawan Selangor Pistons sebelum ini, kalau kalah pun, mereka masing-masing boleh terima kekalahan.

"Risau penganjuran akan datang tiada wakil Thailand nak join lagi bila ada kontroversi macam tu, momentum RTAF nak kekal momentum pun dah hilang dan mood nak lawan pun dah tiada," kata Ibnu Ibrahim Ats-tsalist.

"Game sudah baik tapi mutu pengadil buat spoil, memang inikah standard ref Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) / Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang jadi tunjang untuk sepak takraw?.

"Dulu STL pun sentiasa ada miss judgement dalam setiap kejohanan, kalau tak ref utama buat silap, linesman yang buat silap, tiada fungsi, sekarang Champions Cup pun berulang isu yang sama, rosak nama baik kejohanan Champions Cup," kata Abby Sidek. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram