Tersingkir dari STL Champions Cup, fans Perak Bison mula rindui tekong import musim lalu


  • Podium
  • Sabtu, 16 Nov 2024

Jakkrit (tengah) memiliki kecenderungan untuk melakukan provokasi terhadap pihak lawan. — Facebook/STL

KUALA Lumpur (KL) Thunders meneruskan kecemerlangan mereka di dalam gelanggang bagi saingan Liga Sepak Takraw (STL) musim ini selepas berjaya menyingkirkan Perak Bison di pusingan separuh akhir Champions Cup pada Sabtu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MPSJ, Serdang, Selangor itu menyaksikan juara STL 2024 itu tewas 13-15 terlebih dahulu sebelum mereka bangkit pada set kedua dengan keputusan 15-10.

Momentum diteruskan pada set penentuan apabila KL Thunders meneruskan penguasaan sehingga sukar dicabar 15-6 dengan merekodkan kemenangan 15-6 ke atas pihak lawan mereka itu.

BACA LAGI: Cipta kejutan kalahkan KL Thunder, persembahan tekong Siam buat fans Perak Bison puji melambung

BACA LAGI: [VIDEO] Dari Selatan ke Utara, tekong berbisa negara hargai keberanian, kepercayaan Perak Bison

2994109

Jakkrit gagal mencatatkan persembahan konsisten buat Perak Bison. Facebook/STL

Keputusan tersebut menyaksikan pasukan Lembah Klang berkenaan layak ke perlawanan akhir Champions Cup dengan Negeri Sembilan Antlers atau Selangor Piston akan menjadi lawan mereka.

Bagi Perak Bison pula, mereka sudah tentu kecewa akan kekalahan terbabit selepas memulakan saingan separuh akhir dengan baik sebelum gagal memanfaatkan kelebihan itu.

Perasaan tersebut juga dirasakan penyokong yang kurang berpuas hati dengan pemain, terutamanya daripada Kritsada Sungwung yang memikul peranan sebagai tekong buat pasukan Utara tanah air itu.

Berdasarkan komen di media sosial, rata-rata peminat Perak Bison jelas tidak gemar akan gaya permainannya sehingga ada beranggapan jauh ketinggalan berbanding import musim lalu, Jakkrit Thinbangon.

416980633_2307991882738489_902688847861516026_n

Kehilangan Kritsada (2) kembali dirindui penyokong Perak Bison. Facebook/STL

"Kritsada walaupun import terbaik musim ini, masih tidak boleh menandingi prestasi Jakkrit musim lalu. Perak Bison memerlukan tekong berkualiti seperti Jakkrit untuk tewaskan KL Thunders," kata Nashuerdin Mohd.

"Tekong import yang boleh saingi tekong KL Thunders, Syahir Rosdi hanyalah Jakkrit. Musim ini, Perak Bison sudah jadi bosan kerana tekong kerap melakukan provokasi, namun mudah terasa," kata Abu Ammar.

Jakkrit meninggalkan Perak Bison selepas membantu mereka menjuarai STL musim lalu dengan teknik tekong ditonjolkan sukar untuk dibalas pemain lawan.

Kehilangan pemain Thailand itu pada awalnya tidak terlalu dirasai melihat kepada momentum Kritsada, namun kembali dirindui selepas rakan senegaranya itu mula kehilangan rentak dalam pasukan.

Sekiranya berjaya merangkul gelaran Champions Cup, KL Thunders akan membawa pulang dua kejuaraan selepas muncul juara saingan Liga STL dengan bergaya apabila menjuarai kesemua lima edisi Grand Prix. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram