HUJAN lebat pada pagi Selasa menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Lembah Klang seperti Petaling Jaya, Shah Alam, dan Klang, sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya yang tiba lewat ke destinasi masing-masing.
Seorang pengguna jalan raya melaporkan mengambil masa lebih tiga jam untuk menempuh perjalanan sejauh kira-kira tujuh kilometer dari Seksyen 4 Kota Damansara, Petaling Jaya ke Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, satu perjalanan yang biasanya hanya memakan masa sekitar 20 minit.