KEPUTUSAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super 2024 antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) nyata mengecewakan peminat tuan rumah.
Lebih melukakan hati apabila stadium lawan iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor dipilih penganjur liga itu sebagai lokasi perlawanan tersebut.
Berang dengan keputusan itu, ramai penyokong The Bos Gaurus (TBG) sebelum ini bercadang untuk memboikot aksi yang berlangsung di tempat lawan itu.
BACA LAGI: Mungkin ucap selamat tinggal, tonggak Sang Badak tinggal selangkah ke Selangor FC
BACA LAGI: Tonggak import Sang Penyu hampir tinggalkan kelab, gagal capai kata putus kontrak
Perlawanan Perak dan JDT sebelum ini ditunda akibat hujan lebat dan permukaan padang yang tidak baik.
Meskipun mendapat kecaman daripada 'ekor' TBG namun perlawanan tersebut tetap diteruskan di gelanggang lawan.
Meski kecewa dengan keputusan itu, salah seorang penyokong Perak FC menaruh harapan tinggi agar pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air tersebut tidak bermain secara bertahan.
Menurutnya, di atas kertas sudah pasti kemenangan milik Harimau Selatan namun pasukan kendalian Yusri Che Lah itu peru memberikan saingan sengit.
"Kepada Perak FC, alang-alang kalah dalam tangan main saja attacking game, tak perlu fikir nak seri, kena bolos berpuluh gol pun tak apa, anggap saja friendly match, ingat, jangan main parking bas, steady yob," kata Zekzek Zaha.
Berbeza pula pandangan dengan penyokong Harimau Selatan yang berharap agar Perak tidak memberikan alasan sekiranya pasukan itu tewas di SSI.
"Nanti kalau team sana kalah, mulalah salahkan padang, kata tak main dekat tempat dia jadi dia kalah, kalau tengok sejarah pun JDT sendiri pun jarang kalah dekat away lebih-lebih lagi dengan team Perak, aku harap JDT bagi kaw-kaw, biar tutup mulut kome ini," kata Haikal Adli.
Perlawanan tertunda akibat hujan lebat sebelum ini akan berlangsung di SSI pada Ahad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram