PENJAGA gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Andoni Zubiaurre mendedahkan rahsia di sebalik kemampuannya di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) biarpun kurang minit permainan, lapor Stadium Astro.
Seperti yang diketahui umum, khidmat penjaga gol kelahiran Sepanyol berusia 27 tahun itu tidak digunakan dalam saingan domestik dan hanya dipertaruhkan untuk kejohanan antarabangsa.
Zubiaurre tampil cemerlang dalam empat penampilan bersama Harimau Selatan, dengan dua daripadanya tanpa dibolosi dan berjaya memainkan peranan penting dalam membantu pasukannya menewaskan kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai, 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Rabu.
BACA LAGI: Kedah sudah jawab Mahsuri, status terima atau tidak masih kekal misteri
BACA LAGI: 'Pembelian berbaloi', fans Harimau Selatan puji Murilo tapi Corbin Ong pula dikritik
Penjaga gol kelahiran Sepanyol, Zubiaurre beraksi cemerlang membantu Harimau Selatan di pentas Asia. — Facebook/JOHORSouthernTigers
"Bukan mudah untuk tidak dibolosi dalam saingan ACLE, namun kami dapat mengharungi perlawanan dengan baik.
"Kami saling mempercayai. Ia faktor penting yang memberikan kami keyakinan.
"Ini membuktikan pasukan beraksi dengan baik. Apabila rakan sepasukan bekerja keras maka saya tidak perlu banyak bertindak," katanya di Nadi Arena.
Zubiaurre menyertai JDT musim ini daripada kelab divisyen dua Liga Sepanyol, CD Eldense dan kehadirannya ditagih untuk membantu JDT melakar sejarah di pentas Asia.
Selepas mengharungi empat perlawanan, JDT kini menghuni kedudukan keempat Kumpulan A menerusi dua kemenangan satu keputusan seri dan satu kekalahan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram