Boleh elak gol jika bek lebih 'alert', Azim mahu pastikan Selangor kekal tangga kedua kumpulan


  • Podium
  • Sabtu, 09 Nov 2024

Ramai penyokong mengkritik persembahan yang kurang memuaskan ditampikan oleh Ronnie Fernandez (tengah).— Facebook/Selangorfc

HANYA satu kelalaian dalam fokus sudah cukup merugikan Selangor FC apabila mereka tewas 0-1 kepada wakil pasukan Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) yang berlangsung di Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea Selatan pada Khamis.

Benteng pertahanan Gergasi Merah gagal mengawal situasi bola mati pada minit ke-22 apabila membenarkan penyerang kelahiran Brazi, Tiago Orobo melompat tinggi untuk menanduk masuk sepakan sudut yang diambil oleh Kwon Chang-hoon.

Gol tersebut merupakan jaringan pertama Orobo dalam kejohanan tersebut dan ia menjadi gol kemenangan yang membolehkan pasukannya menduduki tangga teratas Kumpulan H dengan sembilan mata.

BACA LAGI: Jauh beza dengan trio JDT, gandingan peledak Selangor ibarat tiada 'chemistry' jumpa Jeonbuk

BACA LAGI: Kedah sudah jawab Mahsuri, status terima atau tidak masih kekal misteri

WhatsApp Image 2024-11-09 at 17.09.43

Penjaga gol Gergasi Merah, Azim Al-Amin. Facebook/Selangorfc

Selangor pula berada di tempat kedua dengan tujuh mata dan menariknya kedua-dua pasukan teratas dalam kumpulan tersebut akan layak ke peringkat kalah mati.

Susulan kekalahan itu, penjaga gol Gergasi Merah, Azim Al-Amin merasakan gol tersebut boleh dielakkan sekiranya pertahanan lebih berwaspada.

"Ini adalah situasi bola mati dan kami tidak bersedia apabila ia diambil dan akhirnya dibolosi. Kami cuba sedaya upaya untuk bangkit, tetapi kami gagal.

"Kami memang sedih, tetapi ini adalah sebahagian daripada bola sepak. Kini, kami mempunyai dua lagi perlawanan untuk memastikan kami kekal di dua teratas kumpulan dan mara ke peringkat kalah mati," kata pemain berusia 23 tahun itu.

Selepas ini Selangor akan berdepan dengan wakil pasukan Thailand, Muangthong United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada 28 November nanti. — The Star/T.AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram