SEORANG ayah bersama anak perempuannya maut selepas dipercayai menolak lamaran seorang lelaki.
Mangsa adalah Zulkifli Ibrahim, 62 anak perempuannya, Siti Zulaila Zulkifli, 30, dikatakan ditikam di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, George Town, Pulau Pinang pada pukul 1 tengah hari Rabu.
Susulan daripada kejadian tersebut, suspek yang berusia 32 tahun dilaporkan bertindak menikam dirinya di luar lif pangsapuri terbabit.
BACA LAGI: [VIDEO] Pembantu perubatan maut digilis treler tidak berada lorong kiri di Jalan Skudai
BACA LAGI: Pegawai polis didakwa bunuh pelajar di Ipoh tukar pasukan peguam
Polis tidak menolak bahawa lelaki itu mungkin didorong oleh kemarahan dan kekecewaan sebelum melakukan perbuatan itu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis sudah menahan suspek yang ketika ini sedang menerima rawatan di i Hospital Pulau Pinang.
Jelasnya, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif pembunuhan tersebut.
“Dengan penahanan suspek dan rampasan senjata pisau digunakannya, kita percaya berjaya menyelesaikan kes bunuh berkenaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Orang ramai dan saksi awam yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Hamzah turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan di media sosial sehingga menjejaskan siasatan pihak polis.
Dalam pada itu, seorang kenalan keluarga yang enggan dikenali berkata, Siti Zulaila mempunyai seorang adik kembar dan adik perempuan.
Seorang lagi saudaranya yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, Siti Zulaila telah berkahwin dengan tiga anak berusia antara 10 tahun hingga 18 bulan.
Keluarga Siti Zulaila yang terkejut dengan kejadian turut menyatakan bahawa suspek bukan teman lelaki mangsa.
Ibu dan saudara mara Siti Zulaila yang dilihat menunggu berhampiran kawasan lif enggan ditemu bual. — The Star/N. TRISHA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram